Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi amaran kepada pencarum agar tidak mendedahkan atau berkongsi tangkapan skrin baki akaun simpanan mereka di platform media sosial.
Melalui hantaran terkini di Instagram, KWSP menyatakan bahawa tindakan tersebut berisiko dan boleh membuka peluang kepada ancaman ‘scammer’, yang mana akan memberi kesan buruk kepada pencarum.
“Berhati-hati. Jangan mendedahkan maklumat akaun KWSP anda secara terbuka, scammer sedang memantau. Jangan menjadi mangsa kepada penipuan,” pesan KWSP.
Semalam, Kosmo! melaporkan bahawa beberapa pencarum telah diperhatikan berkongsi simpanan caruman KWSP mereka selepas pengumuman penstrukturan semula akaun baru-baru ini.
Tinjauan di pelbagai platform media sosial mendapati bahawa ramai pengguna tidak segan untuk berkongsi jumlah simpanan mereka kepada orang ramai, terutamanya pencarum yang memiliki jumlah simpanan yang besar.
Di aplikasi X, seorang pengguna telah menarik perhatian netizen apabila berkongsi bahawa jumlah caruman KWSP mereka telah mencapai RM500,000.
Baca:
”Siapa kita untuk..” Scha Alyahya beri pesanan ‘padu’ kepada mak cik bawang
Dah besar baru tahu trick sebenar lari dalam guni, lajunya dah macam lari biasa
Tak perlu berkejar ke mamak lagi jika mengidam ayam tandoori, buat sendiri di rumah lagi puas hati