Realtime website trackingweb stats

Awas dengan geng guna duit palsu, ini tips kenal pasti wang tulen

Oleh ADINDA

Awas dengan geng guna duit palsu, ini tips kenal pasti wang tulen.

Dia membelek belek wang kertas rm100 yang saya berikan.

Saya perhatikan saja sambil menjeling tag nama beliau, tertulis Debu.

Selepas memasukkan nozzle petrol ke tangki minyak saya bertanya,

“Selalu ke dapat duit palsu Debu?”, saya berbasa-basi.

“Selalu bang, sekarang ni yang banyak palsu wang kertas rm20, abang nak tahu ka?”

“Boleh.”

Debu mengangkat wang kertas rm20 dan menunjukkan ciri keselamatan yang membezakan wang palsu dan asli.

“Kalau palsu, ini macam bang, dia tak ada ini gambar.”

“Oh, macam tu”, saya mengangguk.

Saya kongsikan cara kenal pasti ciri keselamatan wang siri baharu menurut Bank Negara Malaysia:

1. RASA DENGAN HUJUNG JARI

Wang Polimer (rm1 & rm5) – cetakan timbul pada potret SPB YDPA & teks.

Wang Kertas (rm10, rm20, rm50, rm100) – kertas bertekstur dengan cetakan timbul pada potret SPB YDPA & teks.

2. LIHAT BERLATAR BELAKANGKAN CAHAYA

Wang Polimer (rm1 & rm5) – tingkap pandang telus dengan nombor kelihatan pada kedua-dua belah.

Wang Kertas (rm10, rm20, rm50, rm100) – kesan potret 3 dimensi dengan tanda pandang telus.

Wang Kertas (rm10, rm20, rm50) – garisan lurus benang keselamatan dengan teks mikro berulang-ulang.

Wang Kertas (rm100) – garisan lurus benang keselamatan dengan motif bunga raya.

3. SENDENGKAN WANG KERTAS

Wang Kertas (rm10, rm20, rm50) – benang keselamatan yang berubah warna apabila disendengkan.

Wang Kertas (rm100) – benang keselamatan dengan motif bunga raya yang bergerak apabila disendengkan.

Usai masuk ke kereta ada seorang rider e-hailing menyapa saya.

“Nak beli air bang?, ada kopi, teh tarik dan lain-lain.”

“Wah, gigih betul abang rider ni, dah penat hantar makanan ke sana sini, sempat lagi buat side job jual air”, bisik hati saya kagum.

Hidup ini pilihan.

Satu pihak memilih ambil jalan mudah menipu guna wang palsu.

Satu pihak lagi memilih berusaha dengan titik peluh bagi mendapat wang halal.

Duduk diam tak buat apa-apa pun satu pilihan.

Tengah belek wang kertas ke tu?

Baca:

Di negara ini wanita ‘cair’ dengan lelaki rongak, sampai lelaki sanggup cabut gigi depan dan pamer senyuman

Zul Ariffin dikecam peminat lawat tempat dilarang dan dikutuk Allah, macam dah tak ada tempat lain

Acara kahwin gilang gemilang dikecam, siap ada tarian dalam masjid