Atlet muda cedera parah dirempuh pemandu mabuk, sempat buat ‘peace’ sebelum ditahan

Oleh ADINDA

Pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk lalu menyebabkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias, 22 tahun, mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada hari Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, ujian pernafasan ke atas suspek berusia lingkungan 30 tahun itu menunjukkan positif alkohol, manakala ujian air kencing pula mendapati beliau bebas daripada pengaruh dadah.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah.

Baca Artikel Penuh