Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini mengeluarkan poster peringatan berkaitan kuih dan minuman yang tinggi kandungan gula.
KKM memberi nasihat kepada rakyat Malaysia tentang jumlah gula yang tinggi dalam kebanyakan kuih-muih dan minuman harian seperti teh serta minuman berkarbonat.
Melalui perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia di akaun Facebook rasmi mereka, kita diingatkan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.
“Ini kerana pengambilan gula secara berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular.
“Antara contoh makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula adalah minuman berkarbonat, kek berkrim, kuih keria, minuman 3 in 1, teh tarik, teh boba (bubble tea) dan kuih donut,” katanya.
Selain itu, mengikut maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang berbeza, penyakit diabetes boleh menyebabkan masalah kesihatan yang melibatkan beberapa organ seperti mata, buah pinggang, saraf, dan lain-lain.
“Orang ramai perlulah peka terhadap makanan dan minuman yang diambil dan mematuhi saranan pengambilan gula tambahan untuk mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan.
“Demikian itu, kami menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil gula tidak melebihi 10 sudu teh atau 50 gram sehari termasuk gula tersembunyi,” jelasnya lagi.
Ini berlaku kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini meminta agar kempen mengurangkan pengambilan gula diteruskan.
Permintaan ini dibuat semasa program KUD@Putrajaya, Anjung Florida.
Ini berlaku selepas menerima laporan yang mencatatkan kadar penyakit kencing manis di Malaysia sebagai yang tertinggi di Asia Tenggara.
Baca:
Baru tahu orang Israel pun boikot Mekdi, alasannya memang legit
Ramai kagum ketabahan wanita yang dizalimi penjajah ini, kain tenunan Israa Jaabis raih perhatian
Banyak sangat belacan dan serai, banyak sebablah sambal nasi lemak Andy Cook teruk dikritik