Untuk orang yang kurang berkemampuan, Covid-19 ini akan jadi beban besar. Dalam suasana masyarakat yang kesempitan saat ini, sudah banyak dibuktikan ramai yang terkesan dan terbeban.
Seorang gadis, Najihah Muhaimin, berkongsi tips penjagaan SOP bagi yang menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.
Ini khas untuk yang duduk rumah kongsi. Ambil tahu mana housemate lain kerja, berapa kes yang berlaku di tempat kerja mereka.
Tempat kerja housemate memang ramai kena covid-19. Fuhhhh. Seorang meninggal semalam.
Menurut perkongsiannya, bila housemate sendiri positif covid-19, automatik semua housemate lain kena kuarantin.
KKM minta housemate ini untuk kuarantin di rumah sebab dia bukan kritikal.
Bukan senang nak kuarantin diri. Risiko kuarantin di rumah yang kongsi tandas dan dapur. Kawan yang positif masih kena keluar untuk ke tandas.
Hari itu bila teman serumahnya keluar, terserempak pula di ruang tamu maka pasti timbul sedikit kerisauan dan ketakutan risiko terjangkit.
Najihah menyatakan, adiknya merupakan antara frontliner dan adiknya memberi beberapa guidelines untuk diikuti supaya covid-19 ini tidak tular merata.
“Bila kita jadi kontak rapat covid-19, kita kena buat swab test dan naik kenderaan sendiri”.
“Disebabkan housemate Jea tak ada kenderaan untuk swab test, dia naik Grab. Ini risiko kepada pemandu Grab”. Tapi pilihan apa yang dia ada? Soal Najihah.
Pilihan yang ada untuk kurang risiko – tunggu doktor datang rumah untuk swab test atau berjalan kaki ke hospital terdekat bagi yang berkemampuan dan pergilah awal pagi ketika kurang orang di jalanan. Ruang udara yang terbuka lebih selamat dari ruang udara tertutup.
Selain itu, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah(PKD) untuk dapatkan gelang biru dan temu janji swab test kali ke 2.
Gelang biru ini untuk kontak rapat yang keputusannya negatif.
Lalu Pusat Kesihatan Daerah (PKD) akan bagi surat makluman kuarantin. Jadi kuarantin sehingga tarikh yang dimaklumkan.
Swab kali ke-2 dibuat selepas 3 hari dapat surat kuarantin. Kalau ada lokasi kuarantin yang selamat, berpindahlah.
Duduk dalam rumah, bila berkongsi ini kita tak tahu risikonya. Sekarang covid-19 benda ini tak nampak. Najihah turut berpindah ke rumah lain sementara kerana beranggapan susah untuk kuarantin bila berada di rumah yang berkongsi udara persekitaran yang sama.
Dia mengingatkan juga, walaupun serumah, masih perlu jaga SOP. Dia bernasib baik kerana ibunya sudah memberi pesanan awal. Najihah merupakan jenis duduk dalam bilik sahaja dengan membuat buat hal sendiri.
Jangan pentingkan diri. Jaga SOP.