Apa itu kempen kibar bendera putih ?

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular dalam pelbagai platform media sosial, hari ini.

Carian kata kunci bendera putih dalam medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati saranan mengibarkan bendera putih disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pandemik.

“Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu.”

“Jangan ambil tindakan merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stres, berkongsilah masalah dengan orang ramai. Tidak perlu merayu.”

“Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yg datang membantu,” tulis seorang pemilik akaun Facebook bernama Jah yang dipercayai antara individu terawal memulakan kempen tersebut kira-kira 11 jam lalu.

Gambar: menunjukkan seorang pemilik akaun Twitter bernama Jassa Li berkata, dia ternampak hantaran gambar di laman Facebook yang memaparkan tindakan meletak bendera putih seperti itu telah dilakukan jiran di rumah keluarganya di Johor Bahru semalam.

“Saya bertanya kepada kakak saya adakah perkara itu benar. Katanya betul. Keluarga tersebut terputus bekalan makanan. Ada anak kecil dan isteri sedang tunggu hari untuk bersalin,” kongsinya.

Rata-rata netizen menulis kata-kata sokongan dan menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada individu yang berbuat demikian dan menyifatkannya idea tersebut amat bijak.

Gambar: menunjukkan seorang pengguna social media Instagram meluahkan bahawa mengibarkan bendera putih adalah salah satu cara untuk masyarakat Malaysia bantu antara satu sama lain.

“Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita kerana jiran juga adalah keluarga. Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu. Kibarkan untuk kami berganding bahu,” tulis Akmal Masduki di Instagram.

“Kempen ini begitu indah dan sekali lagi mengingatkan kita betapa kuatnya ikatan antara rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Alhamdulillah, walau apa yang terjadi sekalipun, kita masih mempunyai ruang untuk kemanusiaan,” ciap pengguna Twitter bernama Hamizahani.

Gambar: menunjukkan kepingan artikel yang terdapat banyak kes bunuh diri setiap hari sejak covid-19

“Idea yang amat bernas, kita mesti bantu rakyat Malaysia yang susah sampai tidak ada makanan. Jangan sesekali fikir untuk bunuh diri. Rakyat menolong rakyat,” komen seorang netizen bernama Sana Balakrishnan.

“Betul idea yang terbaik. Zaman Covid-19 ini jangan malu. Jangan banyak pendam. Kita tolong sesama kita. Kasihan anak-anak kecil. Siapa yang pernah mengalami kesusahan dan kelaparan saja yang tahu betapa azabnya. teruskan,” sokong Iena Azlin.

BENDERA PUTIH” bukanlah maksud mengalah atau berundur sebagaimana yang sinonim ia digunakan.

Tafsiran pertama juga membawa maksud tunjuk rasa bahawa rakyat merana kerana salah urus kerajaan dalam memahami keperluan rakyat. Yang sepatutnya berundur adalah pemimpin #KerajaanGagal.

Tafsiran kedua pula bermakna rakyat tidak mampu lagi mengharapkan pemimpin kerajaan hari ini untuk membantu mereka. Maka dengan BENDERA PUTIH, hanya RAKYAT menjaga RAKYAT.

Syabas dan tahniah rakyat Malaysia atas sikap toleransi dan bersatu padu yang tinggi di antara kita. Semoga bantuan yang diumumkan pihak kerajaan dan semangat yang setimpal ini akan membuat mereka yang terkesan untuk tidak memilih jalan yang tidak diingini. Sama-sama kita berganding bahu bagi membanters wabak pandemik ini.

#benderaputih
#RAKYATmerana
#RakyatJagaRakyat

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
Email NextStepMalaysia: [email protected]