Realtime website trackingweb stats

“Apa hukum suami isteri…” kanak-kanak berani mati tanya soalan ‘random’ kepada UAI, terjawab satu kekeliruan

Oleh NURAIMAN

Aktiviti ceramah agama merupakan satu bentuk amalan keagamaan yang penting dalam masyarakat Islam.

Ceramah agama memainkan peranan utama dalam menyampaikan ajaran dan nilai-nilai agama kepada jemaah, serta memberi panduan dalam kehidupan seharian.

Melalui platform ini, para penceramah dapat berkongsi pengetahuan agama untuk meningkatkan pemahaman dan keimanan masyarakat.

"Apa hukum suami isteri..." kanak-kanak berani mati tanya soalan 'random' kepada UAI, terjawab satu kekeliruan

Siapa saja tidak mengenali dengan penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang sangat mudah difahami, dan gayanya yang santai, kadang-kadang dengan menggunakan bahasa slang Terengganu.

Tak hanya orang dewasa, malah kanak-kanak pun suka dengar ceramahnya yang mempunyai unsur kelakar tetapi terselit nasihat dan teguran sebagai pengajaran buat semua.

Walau bagaimanapun, keadaan berbeza apabila seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun, bertanya soalan secara spontan kepada penceramah, yang kemudiannya menyebabkan gelak ketawa di kalangan hadirin.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan UAI sedang memberikan ceramah di sebuah masjid yang dihadiri oleh ramai orang. Tetapi, ketika sesi soal jawab bermula, seorang kanak-kanak lelaki dengan berani bertanya soalan kepada beliau.

“Apa hukum suami isteri berselimut dalam keadaan berbogel,” soal kanak-kanak itu.

Walaupun terkejut, tetapi UAI kemudian tetap menjawab pertanyaannya dengan bersahaja.

“Kalau mereka sudah berkahwin Allah halalkan,” jawab penceramah terkenal itu.

Pada masa yang sama, semasa meneliti bahagian komen, kebanyakan netizen juga memberikan respon atau reaksi mereka sendiri.

“Dia tengok mama dan papa dia la tu” – Netizen

@utusantvofficial Bagus #UAI jawab 🤣🤣🤣. Bukan semua tahu jawapan soalan adik nie kan, baik mengaku. 📽safuanaridynata. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Baca:

‘Truly a king’, warga maya sebak imbau kenangan indah Agong dan Permaisuri sepanjang 5 tahun

Terkejut simpanan warga Bangladesh ‘mewah’, netizen bersuara berasa merempat di negara sendiri

Padah rogol remaja dua kali, polis berpangkat sarjan diberkas PDRM