Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Dengan beberapa insiden pencerobohan ke dalam sempadan Malaysia, darat, laut dan udara, apakah Malaysia khasnya dan Asia Tenggara umumnya menjadi medan hagemoni geo-politik kuasa besar terutama Amerika dan China.
Malaysia pernah dan sering menghadapi pencerobohan dalam pelbagai bentuk. Penyeludupan , pemerdagangan manusia, pencerobohan nelayan asing , pencerobohan pengganas dari negara asing, pencerobohan asasinasi serta pencerobohan operasi militari udara asing.
Ini belum termasuk pencurian big data negara yang bertujuan mensabotaj ekonomi dan keselamatan negara.
Yang terkini adalah pencerobohan tentera udara Republik Rakyat China (PLAAF).
Negara belum selesai berbahas kenapa kerajaan Malaysia membenarkan pesawat intel Israel masuk ke ruang udara Malaysia beberapa hari yang lalu, tentera udara China pula dalam tidak sampai seminggu, melakukan pencerobohan udara Malaysia oleh 16 pesawat tenteranya.
Jelas insiden ini tidak dalam kategori tidak disengajakan. Ia operasi yang sangat terancang dan tahu implikasi yang bakal dihadapi.
Tentera udara Malaysia (TUDM) sendiri mengesan 16 pesawat yang mencurigakan di ruang udara ZMM (Zon Maritim Malaysia) dan berusha memintas dengan menghubungi pesawat-pesawat itu supaya mengidentifikasi diri tetapi tidak diendahkan hinggalah TUDM menghantar pesawat pemintas untuk mengenali pesawat China secara visual terhadap pencerobohan tersebut.
Tempoh masa yang singkat bila ruang udara negara dimasukki oleh pesawat bukan awam iaitu pesawat intelijen israel atas nama peratuan aviasi awam dan pencerobohan sengaja tentera udara China yang tidak mendapat kebenaran, menyebabkan suatu siasatan perlu dilakukan secara terperinci.
Rantau ini sememangnya menghadapi pertelingkahan antara beberapa negara termasuk China dalam tuntutan pulau dan sempadan laut di Laut China Selatan. Insiden beberapa kali tentera laut China berada dipengairan yang dipertikaikan menyebabkan respon dari Amerika muncul atas dakwaan China mengugat kestabilan serantau.
Walau apapun, kawasan Asean kini tidak bebas dari pengaruh kuasa luar. Atas nama mempertahan keamanan dan kepentingan, kuasa besar dirantau ini nampaknya sedang dipersiap untuk dijadikan medan tempur antara kuasa besar.
Sebab itu insiden pencerobohan keatas ruang udara negara ini oleh tentera udara China baru – baru ini , perlu dilihat dari perspektif geo-politik rantau ( regional ) yang ingin dikuasa oleh kuasa besar antara Amerika dan China.
Sementara Amerika memiliki pusat ketenteraan di Filipina dan berusaha untuk menjalin kerjasama ketenteraan bilateral mahupun multilateral antara Amerika dan negara-negara Asean, tujuan utamanya lebih untuk memgimbangan pengaruh China dan mengekalkan pertahanan Amerika dirantau ini.
Malaysia terdedah kepada hegemoni geo-politik Amerika dan China. Ada anggota negara Asean yang rapat dengan Amerika dan ada yang rapat dengan China. Hubungan keselamatan dan ekonomi sering menjadi pertimbangan.
Kami berpendapat Asean yang terkenal dengan prinsip Zopfan (Zon keamanan , kebebasan dan berkecuali) kini tidak lagi diamalkan secara praktikal. Hubungan dan kolaborasi bilteral masing-masing negara dengan kuasa besar kerap mengenepikan prinsip tersebut. Hubungan dengan kuasa besar sering mendahulukan kepentingan ekonomi dan keselamatan dari yang lain.
Menegur atau mengkritik apa yang dilakukan oleh kuasa besar biasanya dilakukan secara hubungan diplomatik. Jadi yang paling nyata dilakukan hanya menzahirkan keprihatinan, tidak lebih dari itu.
Demikianlah kaitannya dengan kepentingan israel dirantau ini. Dalam Asean, kedutaan Israel ada di Myanmar, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam dan Singapore.
Melalui wujudnya hubungan yang kuat antara Amerika dan Israel , maka kepentingan Israel di Asean saling berkait dengan kepentingan Amerika di rantau ini. Hubungan militeri antara Amerika dengan Asean akan diambil kira oleh Israel dan dengan sebab itu semua 6 kedutaan Israel di Asean sangat aktif menjalankan gerak kerja risikan melalui Mossad Israel dan CIA Amerika.
Dengan nafsu eskpansionis Israel yang merupakan negara yang kecil tetapi bernafsu besar , sikap dua negara Muslim yang berpengaruh iaitu Malaysia dan Indonesia, akan dipantau oleh Israel. Usaha mengheret dua negara ini dalam usaha mengiktiraf Israel melalui perjanjian normalisasi akan dilakukan secara berterusan.
Negara kecil dan sederhana di Asean telah melalui perubahan geo-strategi yang besar selepas era perang dingin dan kenaikkan pengaruh China.
Negara-negara Asean terpaksa memilih antara menentang China atau turut sehaluan dengan China dan sementara itu menyesuaikan hubungan dengan kuasa besar yang lain.
Memilih dikotomi antara bersekongkol atau mengimbangi dengan Amerika atau China cuba dielakkan oleh negara-negara Asean. Kebiasaannya pertimbangan ekonomi mendahului yang lain.
Walau apapun, kini Malaysia perlu menjalani pemetaan yang bijak dalam langkah geo-strategi rantau ini. Kekuatan merangka polisi hubungan diplomatik antara China, Amerika dan Israel tidak boleh hanya dipertimbangkan oleh kerajaan malah ia perlu mengambil kira sentimen rakyat. Mengiktiraf Israel sama sekali adalah garis merah yang tidak akan dikompromi oleh rakyat.
Sikap meremehkan dan memperkecil potensi ancaman akan memerangkap Malaysia dalam percaturan licik Israel dan nafsu besar kuasa Amerika dan China