Zaman berubah, teknologi yang mempengaruhi bidang pekerjaan juga berkembang pesat. Sekarang pun, banyak syarikat mengamalkan pendekatan fleksibel dari segi masa termasuk kehadiran pekerjanya di pejabat.
Seiring dengan perkembangan zaman, pengkomputeran awan (cloud computing) turut berkembang sekali gus membuka peluang kepada penyedia ‘cloud’ tempatan.
Paling relevan ialah mereka yang terlibat dalam bisnes yang tertakluk pada peraturan in-land data storage seperti industri kewangan.
Tidak hairanlah selain ‘cloud computing’, dua kemahiran lagi iaitu analisis data dan pembangunan laman web sedang ‘panas’ menjadi rebutan paling pesat dikehendaki oleh sektor pekerjaan di negara ini.
Ikuti pandangan Azril Nazli Alias mengenai perkembangan teknologi yang bakal mewarnai budaya dan alam pekerjaan pada masa akan datang:
1. Cloud Computing
2. Web Based App Development
3. Data Scientist / Analysis
Nombor 3 itu biasanya bagaimana organisasi bertindak berdasarkan pattern data, selalunya industri berkaitan fintech.
Contohnya, kalau Tik Tok Shop ditutup di Malaysia, ke mana pergi aliran tunai pembelian online.
Cloud Computing akan menyebabkan syarikat sudah tak perlu ada datacenter/storage di pejabat mereka.
Staf cuma bawa laptop dan semua perisian dan Cloud Based MyGovUC menggunakan Google Cloud untuk agensi kerajaan:
– cloud storage
– google docs
– workspace
– gmeet
Kesannya, sudah tidak perlu ada onprem email server sekaligus menghapuskan peranan system admin di onsite.
Web Developer pun dan kena beralih ke pengunaan SaaS, PaaS yang dijalankan atas Cloud. Dah kena belajar microservices.
Baca:
“Tergamak Shila herdik mak dengan kata-kata kesat, Allahuakbar” – Ibu Shila Amzah
Kerajaan sediakan garis panduan, penyediaan tapak pengecas EV, sasar 10,000 unit menjelang 2025
Peliknya adat kahwin Kazakhstan, aktor ini cerita bagaimana ‘kejantanan’ beliau diuji