Realtime website trackingweb stats

Antara yang kena ada di kebun dapur, individu kongsi teknik tanam daun kesum agar hidup subur

Oleh NUR KASIH

Dalam artikel ini, terdapat 13 cara mudah tanam pokok daun kesum rimbun dari Cikgu Kebun.

Anda yang suka makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni.

Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.

Antara yang kena ada di kebun dapur, individu kongsi teknik tanam daun kesum agar hidup subur

Anda yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni.

CK harap sangat anda berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur anda. Syok kan.

Jadi CK nak kongsi teknik paling mudah sahaja yang anda boleh ikut dan berjaya.

13 Teknik mudah tanam daun kesum:

Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada anda beli di pasar atau nursery.

Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar anda yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. Nisbah 70% tanah 30% sabut.

Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.

Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.

Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. Jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.

Anda boleh terus tanam kesemua keratan tersebut tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.

Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.

Kenapa CK semai dahulu? Tujuannya adalah untuk kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.

Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan kedalam pasu.

Jika anda semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemunya jadi anda tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.

11 . Anda jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.

Siram 1 hari 2 kali, tips untuk anda pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.

Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.

Macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak?

Kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.

Tengah kalut-kalut buat laksa tadi, jiran belakang hantar mee goreng.

Anda akan faham sistem barter macam tau-tau CK buat laksa.

Kredit : Gardening By Cikgu Kebun

Baca:

‘Benda nak berlaku sepantas kilat je’ – Pasal ini budak boleh trauma dengan eskalator

“Seolah sokong dan promosikan lagi” – warga maya kecam tindakan influencer rai kemunculan Hot Daddy di rancangan Podcast

Dah kantoi ‘scam’ orang, patutlah ‘haus’ sangat rupanya kumpul tenaga nak lari