Semalam, kami telah berkongsi kisah mengenai sebuah keluarga yang terpaksa membayar saman daripada syarikat pembekal
Bbekalan tenaga elektrik kerana didakwa menggunakan alat penjimat tenaga elektrik yang tidak diiktiraf.
Keluarga tersebut mengakui kesilapan mereka dan terpaksa membayar hampir RM9,000.
Jadi, benarkah kita tidak boleh mengambil langkah-langkah sendiri untuk menjimatkan elektrik?
Mengapa pihak pembekal mengeluarkan saman jika apa yang kita lakukan hanyalah untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik?
Sebenarnya, pihak pembekal tidak mempunyai masalah jika langkah penjimatan elektrik anda tidak mengganggu bacaan pada meter atau jika anda menggunakan peralatan yang diiktiraf untuk menjimatkan elektrik.
Malah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pembekal utama tenaga elektrik turut berkongsi 20 petua yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan bil elektrik anda:
Basuh Baju Dalam Jumlah Yang Banyak Mengumpulkan semua baju kotor dan membasuhnya dalam satu masa adalah lebih menjimatkan tenaga berbanding membasuh secara berasingan. Mesin basuh adalah alat yang banyak menggunakan tenaga.’
Jarakkan peti ais 10cm dari dinding’ antara 20 tips boleh jimatkan bil elektik rumah anda
Cuci Penapis Pendingin Udara Pastikan anda mencuci penapis pada pendingin
udara secara berkala untuk memastikan penggunaan elektrik yang lebih efisien dan udara yang lebih sejuk.
‘Jarakkan peti ais 10cm dari dinding’ antara 20 tips boleh jimatkan bil elektik rumah anda
Tutup Semua Pintu Dan Tingkap Bila Hidupkan Pendingin Udara Pastikan semua pintu dan tingkap ditutup rapat semasa menggunakan pendingin udara untuk memastikan ruang rumah cepat sejuk dan penggunaan tenaga lebih rendah.
‘Jarakkan peti ais 10cm dari dinding’ antara 20 tips boleh jimatkan bil elektik rumah anda
Guna Lampu Jimat Tenaga Pilih lampu yang menjimatkan tenaga yang boleh bertahan lebih lama dan menggunakan tenaga elektrik yang kurang.
Gosok Baju Dalam Jumlah Pukal Menggosok baju dalam jumlah yang banyak sekali gus lebih menjimatkan elektrik dan masa berbanding menggosok baju sedikit demi sedikit.
‘Jarakkan peti ais 10cm dari dinding’ antara 20 tips boleh jimatkan bil elektik rumah anda
Isi Cerek Elektrik Air Sampai Penuh Isi cerek elektrik penuh sebelum dipanaskan dan simpan baki air yang tidak digunakan dalam flask untuk mengelakkan pemanasan semula.
Guna Alat Elektrik Dengan Penarafan Lima Bintang Pilih peralatan elektrik yang mempunyai penarafan lima bintang kerana ia lebih menjimatkan penggunaan elektrik.
Jauhkan Peti Ais Dari Dinding Pastikan peti ais jarak sekurang-kurangnya 10 cm dari dinding untuk memastikan aliran udara yang baik dan menjimatkan tenaga.
Tutup Komputer Jika Tidak Digunakan Mematikan komputer sepenuhnya ketika tidak digunakan adalah lebih baik daripada hanya meletakkannya dalam mod sedia.
Gunakan Lampu Luar Rumah Dengan Pemasa Gunakan lampu luar rumah yang dilengkapi pemasa supaya ia hanya menyala pada masa-masa yang ditetapkan.
Guna Lampu Fluoresen T5 Lampu Fluoresen T5 menawarkan pencahayaan yang lebih baik dan penggunaan elektrik yang lebih rendah.
‘Jarakkan peti ais 10cm dari dinding’ antara 20 tips boleh jimatkan bil elektik rumah anda
Tetapkan Pendingin Udara Anda Dengan Suhu Antara 23°C-25°C Menetapkan suhu pendingin udara pada sekitar 23°C hingga 25°C adalah mencukupi untuk menyejukkan udara dan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
Guna Lampu Yang Mempunyai Penderia Lampu dengan penderia hanya akan menyala apabila mengesan pergerakan, membantu menjimatkan tenaga.
Guna Water Pump Jimat Tenaga Jika anda mempunyai akuarium atau kolam hiasan, pilih water pump yang menjimatkan tenaga.
Susun Bahan Di Dalam Peti Ais Jangan sesakkan peti ais; susun barang dengan baik untuk memastikan aliran udara yang baik dan menjimatkan tenaga.
Pastikan Cerek Elektrik Bersih Cerek elektrik yang kotor memerlukan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air. Cuci cerek secara berkala untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
Guna Pemanas Air Segera Pemanas air segera hanya memanaskan air apabila diperlukan, menjimatkan tenaga berbanding pemanas air jenis tangki.
Basuh Baju Dengan Cucian Sejuk Menggunakan tetapan cucian sejuk pada mesin basuh menjimatkan lebih banyak tenaga elektrik berbanding cucian panas.
Pasang Pendingin Udara Yang Sesuai Dengan Saiz Ruang Pilih pendingin udara yang sesuai dengan saiz ruang di rumah anda untuk memastikan ia berfungsi dengan efisien dan menjimatkan tenaga
20. Pasang Pendingin Udara Yang Sesuai Dengan Saiz Ruang Rumah Anda. Anda hendaklah memilih pendingin udara yang sesuai
dengan saiz ruang di rumah anda kerana saiz amat penting supaya ia dapat berfungsi dengan efisien dan menjimatkan tenaga.
Baca Juga: Tak susah rupanya nak baca ‘body language’ seseorang, tengok cara dah tahu apa yang difikirkan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio