Realtime website trackingweb stats

Aneka menu raya paling mudah dihidang kepada tetamu di hari raya

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri semakin terasa.

Selepas beberapa tahun tanpa merayakannya sepenuhnya, tahun ini Syawal menjadi lebih bermakna apabila berkesempatan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya bersama-sama.

Selain peluang untuk bertemu dengan sanak saudara, yang paling dinanti-nantikan tentulah pelbagai hidangan lebaran yang lazat untuk dinikmati pada hari lebaran dan juga hidangan untuk tetamu yang datang berkunjung.

Aneka menu raya paling mudah dihidang kepada tetamu di hari raya 01

Semua hidangan itu enak dan mudah disediakan.

Semoga sambutan tahun ini lebih bermakna bagi anda dan sekeluarga.

Selamat mencuba!

1. Tauhu bergedil

BAHAN-BAHAN A(Inti):

• minyak masak secukupnya
• 200 g isi ayam – dicincang
• ½ sudu kecil AJI-SHIO®️ Lada Berperisa
• 2 biji kentang russet – dibuang kulit dan di potong nipis
• 1 batang daun bawang – dihiris
• 4 sudu besar bawang goreng
• 2 ½ sudu kecil AJI-SHIO®️ Lada Berperisa

BAHAN-BAHAN B:

• 18 tauhu goreng
• 2 biji telur – dipukul
• ½ sudu kecil AJI-SHIO®️ Lada Berperisa
• 8 biji cili padi – dihiris

BAHAN-BAHAN C(SOS):

• 10 batang cili padi
• 2 ulas bawang putih
• ½ cawan kicap manis
• sudu kecil jus limau nipis

CARA-CARANYA:

1) Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis daging ayam yang telah dipotong kecil-kecil.

2) Tambahkan garam berperisa AJI-SHIO®️, kacau sehingga masak.

3) Kemudian, ketepikan.

4) Panaskan sedikit minyak masak dan goreng kentang hingga lembut dengan api perlahan.

Lenyekkan kentang hingga hancur.

5) Campurkan daging ayam yang telah dimasak, daun bawang, bawang goreng, dan garam berperisa AJI-SHIO®️.

6) Gaulkan hingga semua bahan sebati.

7) Potong tauhu kering dan masukkan campuran isi tadi ke dalamnya.

8) Pukul telur bersama garam berperisa AJI-SHIO®️.

9) Balutkan tauhu dengan telur dan goreng hingga keperangan.

10) Untuk membuat sos, kisar semua bahan sehingga halus.

11) Taburkan cili padi di atas tauhu. Sedia untuk disajikan.

2. Rendang ayam

BAHAN-BAHAN:

• ½ cawan minyak masak
• 1 kg ayam – dipotong
• 2 helai daun kunyit
• 2 helai daun limau purut
• 1 cawan santan
• ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®️
• 20 g gula melaka
• 1 sudu besar kicap manis
• 1½ sudu kecil garam
• 2 sudu besar kerisik

BAHAN-BAHAN (A DIKISAR):

• 1 biji bawang besar
• 5 ulas bawang putih
• 4 batang serai
• 2 inci halia
• 1 inci lengkuas
• 2 inci kunyit hidup
• 10 tangkai cili kering – direbus
• ½ cawan air

CARA-CARANYA:

1) Panaskan minyak dalam periuk.

2) Tumis bahan-bahan yang telah dikisar (A) sehingga minyak pecah.

3) Masukkan potongan ayam dan kacau sehingga ayam separuh masak.

4) Masukkan daun kunyit dan daun limau purut, kemudian tambahkan santan.

5) Tambahkan sedikit AJI-NO-MOTO®️, gula Melaka, kicap manis, dan garam untuk perasa.

6) Kacau sehingga sedikit kering dan minyak naik ke atas.

7) Tambahkan kerisik, kacau rata, dan masak sehingga kering.

8) Sedia untuk dihidangkan.

3. Kuah lodeh

BAHAN-BAHAN:

• 3 sudu besar minyak masak
• 1 ½ liter air
• 250 g kubis, dipotong
• 150 g lobak merah – dipotong nipis
• 150 g kacang panjang – dipotong
• 1 cawan udang – dibersihkan
• 1 keping santan
• 1 keping fucuk – direndam
• 30 gm suhun – direndam
• 1 keping tempe – dipotong kepingan dan digoreng
• 2 keping tauhu – dipotong kepingan dan digoreng
• 3 sudu besar RASA SIFU™️ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
• 2 sudu kecil gula

BAHAN-BAHAN A (DIKISAR):

• 1 biji bawang besar
• 5 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 3 inci kunyit hidup
• 5 tangkai cili kering – direbus
• 15 gm udang kering
• Sedikit air

CARA-CARANYA:

1) Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga minyak pecah.

2) Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih.

3) Masukkan kubis, lobak merah, kacang panjang, udang, dan santan.

Masak sehingga sayur sedikit lembut.

4) Masukkan juga fucuk, suhun, tempe goreng, dan tahu goreng.

5) Tambahkan RASA SIFU™️ dan gula secukupnya. Gaul rata.

6) Hidangkan segera.

4. Rempeyek

BAHAN-BAHAN:

• 100 gm SERI-AJI®️ Tepung Goreng Berempah
• 20 gm tepung beras
• ½ sudu kecil serbuk ketumbar
• ¼ sudu kecil serbuk jintan manis
• ¼ sudu kecil serbuk jintan putih
• 100 ml santan
• 200 ml air
• 1 sudu kecil air kapur
• 1 biji telur
• 150 gm kacang tanah – disangai
• 150 gm ikan bilis, dibasuh dan dikeringkan
• Minyak masak secukupnya

CARA-CARANYA:

1) Campurkan SERI-AJI®️ Tepung Goreng Berempah dengan tepung beras, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, dan serbuk jintan putih.

2) Gaulkan semua bahan tersebut.

3) Tambahkan santan, air, air kapur, dan telur ke dalam adunan.

Gaul rata.

4) Panaskan minyak dalam kuali dengan api perlahan dan celup acuan ke dalamnya.

Letakkan satu sudu kecil adunan tepung di atas acuan.

Tabur sedikit kacang dan ikan bilis ke atas adunan.

5) Masukkan acuan ke dalam minyak panas.

Biarkan rempeyek terlepas dari acuan.

6) Goreng sehingga keemasan.

7) Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis.

8) Rempeyek siap untuk dihidangkan.

5. Pulut kuning

BAHAN-BAHAN A:

• 450 gm beras pulut susu
• 650 ml air
• 1 keping asam keping
• 1 paket SERI-AJI®️ Perencah Rempah Gorengan Serbaguna 26g
• 2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN B:

• 1 cawan santan pekat
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1) Basuh beras hingga bersih.

2) Rendam selama 1 jam dengan bahan-bahan (A), kecuali daun pandan.

3) Kemudian, toskan dan cuci bersih beras pulut.

4) Kukus beras bersama daun pandan selama 15 minit.

5) Selepas itu, campurkan dan gaulkan bahan-bahan (B).

6) Angkat pulut dari pengukus dan tuangkan campuran (B) ke atasnya.

7) Gaul ratakan dan kukus semula selama 10 minit atau sehingga santan kering.
8) Pulut siap untuk dihidangkan!

6. Sate

BAHAN-BAHAN:

• 1 kg isi ayam / daging lembu – dipotong dadu
• 40 batang lidi sate
• 1 cawan air
• 3 sudu besar gula
• 2 sudu besar minyak masak

BAHAN-BAHAN A(DIKISAR):

• 2 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 4 batang serai
• 3 inci kunyit hidup
• 1 inci halia
• 1 sudu kecil serbuk jintan putih
• 2 sudu kecil serbuk jintan manis
• 1 ½ sudu besar TUMIX®️Perencah Pati Ayam
• 5 sudu besar gula perang
• 3 sudu besar minyak masak
• ¼ cawan air

CARA-CARANYA:

1) Kisar semua bahan (A) sehingga halus.

2) Campurkan dengan daging ayam atau daging, cucuk dengan lidi, dan marinade selama 1 jam dalam peti sejuk.

3) Campur air, gula, dan minyak masak dengan baik.

4) Panaskan kuali atau pemanggang, panggang sate hingga masak.

5) Sapukan sate dengan campuran air gula semasa memanggang.

6) Sedia untuk disajikan.

7. Kerepek popia pedas

BAHAN-BAHAN:

• 24 keping kulit popia – saiz sederhana
• 2 sudu besar tepung ubi – dicampur dengan 3 sudu besar air
• 1 liter minyak masak
• 1 sudu kecil asam jawa – dicampur dengan ¼ cawan air
• 1 sudu kecil AJI-SHIO®️ Lada Berperisa
• 6 sudu besar gula
• 2 sudu besar bijan

BAHAN-BAHAN A(DIKISAR HALUS):

• 2 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 18 tangkai cili kering – direbus
• CARA MEMASAK:

1) Potongkan kulit popia kepada 2 keping segi empat tepat.

2) Gulungkan kulit popia secara memanjang dan lekatkan dengan campuran tepung ubi.

3) Potongkan menyerong sepanjang 2 cm.

4) Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

Angkat dan toskan minyak, ketepikan.

5) Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga naik bau.

6) Kemudian, masukkan air asam jawa dan kacau rata.

7) Perasakan dengan AJI-SHIO®️ Lada Berperisa dan gula.

8) Apabila sambal mendidih, masukkan kulit popia goreng dan gaul rata.

9) Taburkan bijan di atas permukaan dan gaul rata.

10) Biarkan ianya sejuk dan sedia untuk dihidang.

8. Ayam masak merah

BAHAN-BAHAN:

• 1 ekor ayam – dipotong
• 1 sudu besar SERI-AJI®️ Perencah Rempah Gorengan
• minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN A(KUAH):

• 3 paket SERI-AJI®️ Perencah Masak Merah
• ¾ cawan air
• 1 biji bawang besar – dihiris nipis
• 1 biji bawang kuning – dihiris bulat
• 2 tangkai daun ketumbar

CARA-CARANYA:

1) Kacaukan ayam dengan SERI-AJI®️ Perencah Rempah Gorengan.

2) Goreng sehingga rangup dan letakkan di tepi.

3) Gaulkan SERI-AJI®️ Perencah Masak Merah dengan air sehingga sebati.

4) Panaskan setengah cawan minyak goreng, tumis bawang besar sehingga layu.
5) Masukkan campuran SERI-AJI®️ Perencah Masak Merah, biarkan mendidih hingga pekat.

6) Letakkan ayam goreng dan bawang kuning.

Gaul sehingga kuah meliputi ayam.

7) Sajikan dengan taburan daun ketumbar di atas ayam masak merah.

8) Siap untuk dihidangkan.

9. Sambal Goreng Jawa

BAHAN-BAHAN:

• 1 cawan minyak masak
• ½ sudu besar asam jawa – dibancuh bersama sedikit air
• ½ sudu besar kicap manis
• 1 ½ sudu besar Rasa SifuTM Penambah Perisa Semua Dalam Satu
• 200 gm lobak merah – dibelah dua memanjang dan dihiris nipis
• 12 ekor udang – dibersihkan
• 200 gm kacang panjang – dipotong memanjang
• 1 keping tempe – dipotong nipis dan digoreng
• 2 biji tauhu – dipotong nipis dan digoreng
• 200 gm kentang – dipotong kecil dan digoreng
• 50 gm suhun – direndam sehingga lembut
• 1 keping fucuk – direndam sehingga lembut

BAHAN-BAHAN A(DIKISAR):

• 3 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili kering – direbus
• 1 inci halia
• 1 batang serai – dipotong kasar
• 5 gm udang kering
• ½ cawan air

CARA-CARANYA:

1) Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar (A) sampai wangi dan minyak pecah.

2) Tambahkan air asam jawa, kicap manis, dan Rasa SifuTM.

3) Gaul rata.

4) Masukkan lobak merah dan kacau sampai lembut.

5) Masukkan udang dan kacang panjang, kacau sampai udang masak.

6) Campur semua bahan bersama tempe, tauhu, kentang, suhun, dan fucuk.

7) Gaul rata.

8) Sedia untuk dihidang.

10. Roti Jala bersama Kari Ayam

BAHAN-BAHAN ROTI JALA:

• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan air
• ½ cawan santan
• 2 biji telur
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®️
• 2 sudu besar minyak masak

CARA-CARANYA:

1) Kisarkan semua bahan bersama AJI-NO-MOTO®️ sehingga lumat dan sebati.

2) Tapiskan bancuhan.

3) Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan di atas kuali leper membentuk jaring.

4) Setelah masak, lipatkan satu bahagian ketengah, lipatkan kiri dan kanan untuk membentuk segi empat dan gulung membentuk silinder.

5) Ulang untuk kesemua bancuhan.

6) Sedia dihidang bersama kari ayam.

BAHAN-BAHAN KARI AYAM:

• ½ cawan minyak masak
• 4 sudu besar serbuk kari daging
• 200 g isi ayam, dipotong kecil
• 50 gm kentang, dipotong dadu kecil
• 1 tangkai daun kari
• 1 sudu besar asam jawa – dicampur dengan 2 cawan air
• ½ cawan santan
• 1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®️
• 1 sudu kecil gula
• 1 sudu kecil garam

BAHAN-BAHAN A(DIKISAR HALUS):

• 1 ½ biji bawang besar
• 1 ulas bawang putih
• 2 inci halia

BAHAN-BAHAN B:

• 1 batang kulit kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 2 biji buah pelaga
• 3 kuntum cengkih

CARA-CARANYA:

1) Tumiskan bahan-bahan (A) dan (B) hingga naik bau.

2) Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.

3) Masukkan isi ayam, kentang, daun kari dan air asam jawa.

Biarkan sehingga kentang empuk.

4) Masukkan santan dan biarkan mendidih.

5) Perasakan dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®️, garam dan gula.

Baca:

Kejam! Rejim zionis rogol, bunuh wanita di depan anak & suami

Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian