Dalam aspek kulinari di seluruh dunia, telur sering dijadikan sebagai bahan asas yang serbaguna dalam penyediaan pelbagai hidangan.
Keunikan dan kepelbagaian hidangan yang berasaskan telur memperkaya lagi landskap masakan tempatan dan antarabangsa.
Sempena bulan Ramadhan ini, kita akan meneroka pelbagai resipi dan teknik penyediaan masakan yang kreatif dan lazat berasaskan telur.
1. Telur pecah hancur masak cili – Aireen Aireish
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 4 sudu makan cili yang telah dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
- 3 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Tumis cili kering sehingga masak.
2. Masukkan sos cili.
3. Tambahkan gula merah, gula pasir, dan garam.
4. Setelah rasa sudah cukup, pecahkan telur satu per satu ke dalam kuali.
5. Biarkan telur separuh masak, kemudian terbalikkan.
6. Gaul telur dengan rata bersama sambal sehingga hancur-hancur.
7. Gaul telur dengan lembut menggunakan spatula untuk memastikan hancuran yang halus.
8. Masak hingga telur benar-benar masak dan sambal meresap.
2. Telur masak kicap – K.Lina
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 2 ulas bawang putih
- 2 hiris nipis halia
- 1/2 biji bawang besar
- Sedikit lada hitam
- 2 sudu cili yang telah dikisar
- Sedikit lada sulah
- Sedikit sos cili
- Kicap
- Cili padi yang telah diketuk (ikut kesukaan)
- Hirisan bawang besar (ikut kesukaan)
- Garam dan gula
Cara Penyediaan:
1. Tumbuk kasar bawang putih, halia, bawang besar, dan lada hitam.
2. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan cili yang telah dikisar, sos cili, kicap, dan lada sulah.
4. Tambah sedikit air untuk mengurangkan kepekatan kuah dan biarkan ia menggelegak untuk masak.
5. Masukkan cili padi dan hirisan bawang merah.
6. Perasakan dengan garam, gula, dan lada sulah untuk mendapatkan keseimbangan rasa yang diingini.
7. Akhir sekali, masukkan telur yang telah digoreng dan taburkan hirisan daun bawang serta bawang goreng.
3. Telur bistik -Kyna Sharif
Bahan-bahan:
- Telur dadar
- Pecahkan telur dan campur dengan garam.
- Tambahkan daging ayam yang dipotong dadu dan digoreng terlebih dahulu (boleh gunakan daging burger).
- Goreng telur seperti biasa.
Kuah:
– Tumiskan bawang putih yang dicincang halus bersama dengan bawang Holland yang dipotong dadu.
– Setelah layu, masukkan sos cili dan sos tomato.
– Tambah air ke dalam kuali.
– Campurkan cili padi yang telah diketuk, sayur-sayuran seperti bunga kobis, saderi, dan capsicum.
– Perasakan dengan garam.
Untuk penyediaan kuah:
– Tuangkan kuah yang telah siap ke atas telur dadar.
– Taburkan daun sup dan daun bawang di atasnya.
*Jika ingin kuah lebih pekat, tambahkan lebih banyak air, sos cili, dan sos tomato.
4. Sambal Telur Rebus
Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang putih
- 4-6 biji bawang merah kecil
- 1/2 biji bawang besar
- 1 mangkuk minyak masak
- 7 biji telur (saiz B)
- 15-20 biji cili kering
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- Sedikit air asam jawa
- 1 sudu besar gula melaka
- Garam secukup rasa
- 1/2 sudu besar serbuk perasa
- 1 biji bawang merah
- Sedikit air, untuk berkuah
- 1 sudu besar cuka
Cara Penyediaan:
1. Kisar halus bawang putih, bawang merah kecil, dan separuh biji bawang besar.
2. Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, dan separuh biji bawang besar.
3. Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit.
4. Masukkan bawang, cili kering, dan sedikit air dalam mesin pengisar dan kisar halus.
5. Hiris nipis separuh biji bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat separuh biji bawang besar (untuk hiasan).
6. Rebus telur selama 10 minit. Apabila masak, angkat dan kupas kulit.
7. Panaskan minyak dan goreng telur rebus hingga garing. Angkat dan ketepikan.
8. Tumis separuh biji bawang besar hingga lembut. Kemudian masukkan bahan kisar halus, sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili, dan gula melaka.
9. Kacau hingga pecah minyak.
10. Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (jika digunakan), dan telur rebus.
11. Tabur hirisan bawang merah dan biarkan hingga bawang lembut sebelum dihidangkan.
5. Telur goreng kicap pedas
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 1 biji bawang besar, dihiris halus
- 1/2 biji tomato, dipotong dadu
- Kicap
- 7 biji cili padi, dihiris
- 4 biji limau kasturi, dibelah dua
- Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
1. Goreng telur hingga masak.
2. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan.
3. Campurkan bawang besar, tomato, cili padi, dan sedikit kicap di dalam bekas lain.
4. Perah sedikit air limau kasturi ke dalam campuran bahan tadi.
5. Tuangkan campuran tersebut ke atas telur yang telah digoreng tadi.
6. Telur bungkus ala Thai
Bahan-bahan:
- 2 biji ulas bawang putih
- 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
- 1 biji tomato (dibelah 6)
- 1 cawan kacang peas
- 2 cawan sos tomato
- 1 cawan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar (dipotong 1 inci)
- Telur (dipukul dan digoreng dadar)
Cara Penyediaan:
1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan, kemudian masukkan isi ayam atau daging.
2. Setelah masak, masukkan sos tomato, sos tiram, garam, dan bawang besar. Masak sehingga bawang layu.
3. Masukkan tomato dan kacang peas, masak sebentar kemudian angkat dan letakkan ke atas telur dadar.
4. Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur dalam bentuk empat segi.
7. Sup telur
Bahan-bahan:
- Telur
- Suhun (rendam selama 10 minit)
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Cili besar*
- 1 kiub ayam Knorr
- Garam
- Daun bawang, potong halus
Cara Penyediaan:
1. Potong halus bahan bertanda * (bawang merah, bawang putih, dan cili besar) dan tumis sehingga harum.
2. Masukkan air dan kiub ayam Knorr.
3. Apabila air mendidih, pecahkan telur sebiji-sebiji dan masukkan ke dalam kuah.
4. Tambah garam dan sesuaikan rasa.
5. Apabila telur masak, masukkan suhun.
6. Terakhir, masukkan daun bawang dan tutup api.
8. Kurma telur
Bahan-bahan:
- 10 biji telur, (direbus)
- 2 paket kecil rempah kurma
- 5 ulas bawang putih (hiris)
- 1 labu bawang merah besar, hiris besar
- 1 inci halia
- 2 biji tomato (pilihan)
- 1 biji lobak merah
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Bunga lawang
- Air asam secukupnya
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
Cara Penyediaan:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan air asam dan air sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kentang dan lobak, masak sehingga empuk.
5. Masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa.
6. Sesuaikan kepekatan kuah mengikut citarasa.
9. Kari telur
Bahan-bahan:
- Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya
- Bunga cengkeh
- Kayu manis
- Bunga lawang
- Rempah kari daging
- Kerisik
- Santan – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
- Garam
- Air – ikut citarasa nak kuah pekat dan banyak mana
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
Cara Penyediaan:
1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan rempah dalam satu mangkuk dan bancuh dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, dan cengkih sehingga naik bau.
4. Masukkan campuran rempah yang telah digaul dengan bahan yang ditumbuk tadi.
5. Tumis sehingga garing dan naik minyak.
6. Kemudian, masukkan santan dan tambahkan air mengikut tahap kepekatan yang dikehendaki.
7. Masukkan kerisik, gaul bagi sebati.
8. Akhir sekali, masukkan telur ayam rebus dan masak hingga mendidih.
9. Tambahkan garam secukup rasa dan tutup api.
10. Sambal telur ikan bilis
Bahan-bahan:
- 4 biji telur, digoreng mata kerbau
- 1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan ditoskan
- 1 pokok daun bawang, dihiris halus
- Daun salad secukupnya untuk hiasan
- 2 senduk nasi cili kisar
- 1/2 cawan jus asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- 3/4 inci belacan*
- 1/2 inci halia*
Cara Penyediaan:
1. Tumbuk halus bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
4. Tambahkan jus asam jawa dan masak hingga pekat.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masak sekejap, rasa dan jika okay boleh tutup api.
7. Susun daun salad dalam bekas yang sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi.
8. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang.
Sumber: Kyna Sharif
Baca:
Rupanya tanaman pun perlu kena ‘diugut’, ini antara petua agar pokok cepat berbuah
Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera
Roti kalau dah habis jangan dibuang tag, boleh guna untuk kreativiti lain