Anak muda lebih gemar “berparti” daripada menjadi ahli parti

Oleh ADINDA

Anak muda disebut pemimpin masa hadapan tapi bila masa hadapan tu? Orang kata nak masuk politik kena ada rupa dan duit tetapi tanpa ilmu tak menjadi juga.

Tetapi suasana semasa ini, wujud dakwaan mengatakan golongan muda ini kurang mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka mengundi semasa pilihan raya.

Belia merupakan golongan penting dalam kelompok masyarakat. Ini kerana golongan ini merupakan pelapis yang akan meneruskan dan menerajui negara.

Perkembangan politik Malaysia yang semakin mencabar kini menuntut golongan belia untuk melibatkan diri di dalam bidang ini. Golongan inilah yang akan meneruskan kepimpinan politik dan memimpin negara pada masa akan datang, seterusnya meneruskan agenda pembangunan negara.

Dilaporkan bahawa lebih daripada empat juta pengundi yang layak masih belum berdaftar dan kebanyakan mereka adalah anak muda Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun dan layak untuk menjadi pengundi.

Nak terlibat dengan politik perlu ada persediaan ilmu dan mental juga selain jasmani. Kalau sekadar masuk politik untuk jual muka dan mencari kemasyuran itu lah yang jadi mudah lompat melompat tu.

Ini bukan masuk parti cap tupperware cawangan Kampung Pisang tau.

https://www.youtube.com/watch?v=c7e7QB1e_iY