Baru-baru ini, dunia hiburan tempatan heboh dengan dakwaan seorang anak
kepada penyanyi terkenal terlibat dalam kes mencuri kereta Ferrari bernilai RM300,000 di Hulu Kelang.
Nama Osama Yamani Jadi Perhatian
Menurut laporan Harian Metro, nama anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, iaitu Osama Yamani
Tiba-tiba menjadi perhatian setelah dikaitkan dengan tuduhan tersebut.
Namun, Datuk Jamal segera tampil menafikan dakwaan itu. Beliau menegaskan bahawa anaknya tidak terlibat sama sekali dalam kes curi kereta mewah berkenaan.
“Osama Kena Fitnah” – Jamal Abdillah
Datuk Jamal mendedahkan bahawa Osama telah meluahkan rasa kesalnya terhadap tuduhan tidak berasas itu.
“Osama mengadu pada saya, katanya, ‘Babah, Maman dah kena fitnah.’ Saya tanya pasal apa, dia jawab isu curi kereta. Saya terus tanya adakah Maman buat? Dia nafikan sekeras-kerasnya,” kata Jamal.
Osama turut menyatakan bahawa dia langsung tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut dan merasa kecewa apabila nama bapanya turut dikaitkan.
“Osama sedih kerana orang kaitkan nama saya, sedangkan saya tak tahu apa-apa. Dia kecewa kerana ini melibatkan nama keluarga,” jelas Jamal.
Jamal Abdillah Nasihat Anak
Sebagai seorang bapa, Jamal menasihatkan Osama supaya bersabar menghadapi dugaan ini.
“Saya mungkin perlu ambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan, terutama jika nama saya terus disabitkan. Ini anak saya, jadi saya akan pertahankan dia,” tegas Jamal.
Beliau juga mengingatkan Osama tentang cabaran menjadi figura umum.
“Saya nasihatkan Osama, bila kita dah popular, tak semua orang suka. Ada yang dengki dan akan cuba kaitkan kita dengan perkara buruk. Jadi, bersabar dan lihat dulu apa tindakan selanjutnya,” tambahnya.
Kejadian Masih Dalam Siasatan
Untuk makluman, insiden yang berlaku pada 17 November di sebuah pusat cuci kereta di Jalan Hillview, Hulu Kelang, melibatkan anak seorang penyanyi popular era 90-an. Namun, sehingga kini, identiti sebenar individu yang terlibat masih belum dikenal pasti.
Datuk Jamal berharap isu ini tidak terus menjadi fitnah yang mencemarkan nama baik keluarganya.
BACA: Lebuhraya Gombak Bentong dinaiktaraf 3 lorong, tambah terowong baharu