Realtime website trackingweb stats

Anak Aliff Syukri dedah ibu bapa punyai dua karakter berbeza, akui abah lebih…

Oleh AHMAD ISMAIL

Baru berusia 13 tahun, Qadejah El Zahra, anak kedua kepada jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri ini, dipuji kerana memiliki wajah yang cantik dan manis seperti ibunya, Datin Seri Nur Shahida.

Seperti kata pepatah, “ke mana tumpahnya kuah, kan?”

Qadejah sering berkongsi video pendek di Instagram Sugeh Eco Resort.

Anak Aliff Syukri dedah ibu bapa punyai dua karakter berbeza, akui abah lebih...

Selain berkongsi tentang kehidupannya sebagai anak kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, dia juga membantu mempromosikan bisnes keluarganya.

Dalam perkongsian tersebut, ibu dan bapanya mempunyai personaliti yang berbeza.

Namun, apa yang kita lihat di media sosial mungkin tidak selaras dengan personaliti sebenar mereka.

“Sejak saya kecil, Abah seorang yang tegas dan garang dengan saya.

“Bila dah meningkat dewasa saya mula faham kenapa Abah memarahi saya. Abah ingin saya menjadi seorang manusia yang baik.

“Abah tidak mahu saya menjadi manusia yang biasa sebaliknya luar biasa dan hebat.”

Qadejah berkongsi bahawa ibu dan bapanya mempunyai personaliti yang berlainan.

“Mama dan Abah agak berbeza.

“Mama seorang yang ceria berbanding Abah.

“Mama benarkan kami buat apa sahaja yang kami inginkan.

“Karakter Mama lebih membawa kepada keceriaan. Mama juga tidak mengongkong tetapi masih mementingkan pembelajaran.

“Sama seperti Abah, Mama menginginkan saya menjadi manusia yang hebat dan luar biasa.”

Datin Seri Nur Shahida telah menyatakan harapannya itu melalui satu hantaran di akaun Instagram peribadinya.

Menurut Datin Seri Nur Shahida, walaupun Qadejah baru berusia 13 tahun, beliau telah menunjukkan minat dalam bidang perniagaan.

Bakat yang dimiliki oleh Qadejah dikatakan sama dengan bapanya.

“Setiap anak ada kelebihan dia. Masing-masing punya minat sendiri. Tapi apa yang saya nampak Cess ni lebih pada berniaga.

“SALING TAK TUMPAH DENGAN ABAH DIA @ALIFFSYUKRITERLAJAKLARIS. KALAU DENGAN PELANGGAN TU CUKUP MESRA, PETAH BERBICARA SAMPAI PELANGGAN TU BELI LA.”

Selain pandai bercakap, Qadejah juga fasih berbahasa Inggeris.

Sentiasa kagum setiap kali menonton video-video Qadejah mempromosikan perniagaan keluarganya.

“Harap suatu hari nanti ada lah yang mewarisi perniagaan ni nanti. Nak harap Mama dengan Abahnya dah tak larat dah. Fikir nak duduk rumah je nak berehat.”

Qadejah mewarisi sifat disleksia daripada bapanya.

Dia hanya menyedarinya ketika berusia enam tahun.

Tetapi selepas mendapat rawatan khas dan belajar di Pusat Disleksia Ampang, Qadejah berkembang menjadi anak yang pintar dan kreatif dalam seni lukis serta mahir berkata-kata.

Menurut Datin Seri Nur Shahida, Qadejah mudah dijaga dan memiliki kebolehan dalam seni lukis.

Dia suka melukis sesuatu yang unik dan mempunyai pemikiran yang kreatif!

Semoga Qadejah menjadi anak yang baik di dunia dan di akhirat serta menjadi wanita yang berjaya di sisi Allah SWT.

Untuk maklumat tambahan, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida mempunyai enam anak hasil hubungan mereka sejak Ogos 2007.

Mereka juga mempunyai seorang anak angkat.

Baca:

Cara luar biasa goreng kacang tanah guna ‘gadget’ dapur ini, paling penting jimat masa

Netizen tergamam tengok DBKL sita Food truck halang laluan ramai

Tidak hairanlah sangkut ‘jammed’ selama 12 hari sejauh 100KM, rupanya negara ini pengeluar terbesar kenderaan