Penyanyi Amira Othman telah mendedahkan bahawa dia telah mengalami gangguan seksual dari seseorang yang tidak dikenalinya baru-baru ini.
Amira, yang berumur 31 tahun, menceritakan bahawa kejadian itu berlaku ketika dia sedang bersama dengan rakan-rakannya menikmati makan di sebuah restoran di Kelana Jaya.
Orang tersebut mendekatinya dan dengan berani menyatakan keinginan untuk menciumnya.
“Saya pergi makan dengan kawan kemudian ada seorang lelaki tidak dikenali datang dekat, ingatkan dia nak ambil gambar… kemudian dia cakap mata saya cantik, waktu tu muka dia dengan saya sangat dekat.
“Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut meminta untuk mencium saya, saya terus menggigil waktu itu, macam tak sangka ada manusia berani melakukannya di khayalak.
”Tapi rasanya dia macam tak sihat mental sebab nampak macam tak waras pun ada, saya takut sampai hubungi adik waktu itu sebab fobia,” kata Amira kepada mStar.
Ramai yang pasti mengenali Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Nadia Amira Othman.
Beliau merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen, dan pelakon wanita popular di Malaysia.
Amira Othman mula melangkah dalam dunia hiburan melalui bidang nyanyian selepas menyertai program Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013.
Beliau berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Selepas itu, Amira meneruskan penglibatan dalam bidang lakonan dan setiap drama yang dilakoninya menjadi tontonan ramai.
Baca:
Punyalah ‘kabel’ kuat, ini senarai 10 negara bahagia di dunia, nombor 4 tu buat-buatlah kagum