Realtime website trackingweb stats

Amir Ahnaf sebak dapat banggakan ibu ayah

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Enggan terkesan dengan buli siber, pelakon Amir Ahnaf atau nama sebenarnya

Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, berkongsi tip untuk memastikan dirinya tidak terjejas dengan perbuatan negatif tersebut.

Menurut Amir, langkah paling penting yang diambil ialah mengawal emosi dan tidak memberi respons terhadap provokasi di media sosial

Ini kerana, menurutnya, tindak balas hanya akan memperburuk keadaan.

“Saya lihat generasi muda hari ini semakin tertekan dari segi kesihatan mental kerana gejala buli siber yang berleluasa.

Amir Ahnaf sebak dapat banggakan ibu ayah

Tolonglah hentikan budaya ini kerana ia sangat tidak matang. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan daripada membuli orang lain.

“Saya belajar bahawa jika kita tidak dapat mengawal emosi, keadaan akan jadi lebih teruk. Kawalan emosi sangat penting supaya kita tidak menjadi ‘hamba’ kepada emosi sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Amir meluahkan rasa bangga selepas menonton filem lakonannya, Kahar: Kapla High Council. Bukan hanya dirinya, malah ibu bapanya turut berbangga dengan prestasinya dalam filem tersebut.

“Mama ucap tahniah dan menangis kerana terharu. Saya pula merasakan ini adalah naskhah terbaik yang pernah saya hasilkan.

“Seumur hidup, saya tidak pernah rasa bangga dengan diri sendiri seperti kali ini. Tambahan pula, saya berpeluang bercakap dalam dialek Kelantan, sesuatu yang sangat menyeronokkan,” ujarnya.

Filem Kahar: Kapla High Council yang turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Sky Iskandar, dan Thompson Goh, akan mula ditayangkan di pawagam bermula Khamis ini.

BACA: Milik siapa McLaren tersadai depan hotel hampir 4 tahun