Realtime website trackingweb stats

Amelia Henderson jalin hubungan cinta dengan anak Datuk K? Ini respon tuan badan

Oleh HADI KAMARUDIN

Pelakon cantik, Amelia Handerson, telah membuka mulut selepas namanya terpalit dengan kontroversi mengenai

hubungannya dengan anak penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.

Amelia mengaku bahawa dia tidak menjangka bahawa kehadirannya duduk bersebelahan dengan Aazief

semasa konsert Datuk Siti pada 11 Ogos lalu akan menimbulkan spekulasi seperti itu.

“Cuma kebetulan saya duduk bersebelahan dengan Aazief dan wajah kami ada dalam video yang dimuat naik oleh kakak ipar Aazief, Tya Ariffin.

Amelia Henderson jalin hubungan cinta dengan anak Datuk K? Ini respon tuan badan

Saya rasa kasihan pada Aazief sebab dia seorang lelaki yang baik. Tidak sangka pula ada pihak yang membuat spekulasi mengenai kami.

“Saya ingin jelaskan bahawa walaupun kami duduk bersebelahan, tidak semestinya kami jatuh cinta atau berkawan. Saya yakin Aazief mesti terkejut dengan apa yang berlaku ini,” ujar Amelia.

Dia juga menambah bahawa dia tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk memohon maaf kepada pihak-pihak yang terlibat kerana telah melibatkan mereka dalam hal peribadinya.

“Sekarang saya tidak tahu bagaimana nak meminta maaf kepada mereka kerana secara tidak langsung telah membabitkan mereka dalam hal peribadi saya. Saya sudah memahami dunia industri seni ini.

Misalnya, jika saya berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki, pasti ada yang akan mengaitkan saya dengan mereka,” tambah Amelia.

BACA: Abby Abadi tiba-tiba peluk model dalam sesi photoshoot, rupanya rindu lama tak jumpa Marissa