Ambil tahu tips pilih kabinet dapur agar ruang nampak selesa, barulah sejuk mata memandang!

Oleh FATIN AQILAH

Dalam artikel ni, saya nak kongsikan petua pilih almari dapur dari pengalaman saya masa nak masuk rumah baru dulu.

Sebenarnya, memilih almari dapur ni agak mencabar dan penting untuk membuat keputusan yang tepat sebab kita hanya akan melakukannya sekali sahaja. Jadi, kita perlu memilih dengan teliti.

Ini antara cara-cara yang saya lakukan ketika memilih almari dapur:

Ambil tahu tips pilih kabinet dapur agar ruang nampak selesa, barulah sejuk mata memandang!

1. Buat full height cabinet

Saya telah membuat almari dapur saya sehingga sampai agar kelihatan lebih teratur. Barang-barang juga boleh diletakkan di atasnya untuk kemudahan penggunaan.

2. Pilih material tahan air

Material almari saya dilapisi dengan formica laminated yang kalis air.

Walaupun terkena air, ia tidak akan mengembang atau rosak.

Ini sangat penting, terutamanya di kawasan sinki di mana air digunakan untuk mencuci tangan dan pinggan.

3. Plan awal nak letak barangan elektrik

Semua peralatan elektrik telah saya rancang tempat letakannya.

Saya telah mengaplikasikan konsep tersembunyi untuk rak pinggan dan microwave, di mana kesemuanya disusun dalam kabinet.

4. Ukur keluasan dapur

Sebelum anda memasang almari dapur baru, penting untuk mengukur ruang dapur anda dengan teliti.

Ini akan membantu mengelakkan masalah ruang yang sempit setelah pemasangan almari dapur yang terlalu besar.

5. Pilih warna ikut citarasa

Pilihlah tema yang sepadan dengan tema rumah anda.

Sebagai contoh, jika rumah anda mempunyai tema kelabu dan moden yang ringkas, pilihlah tema yang sepadan dengan ciri-ciri tersebut.

6. Buat 3D image

Sebelum memulakan pembinaan almari dapur yang tepat, disarankan untuk melukis terlebih dahulu menggunakan aplikasi atau perisian komputer.

Ini membolehkan anda melihat gambaran awal projek dengan lebih jelas.

Semoga tip ini berguna bagi anda!

Baca:

Nasib terbela! Pembunuh 23 penghuni tahfiz kekal dalam ‘lokap’

Ini nasib lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah, ramai puji tindakan tegas kerajaan

Petua simpan tauhu supaya tahan lebih lama dalam peti ais