Tiga kali berkerjasama dengan Ezaidi Aziz, Bella Astillah menetapkan batas semasa di set penggambaran bagi mengelakkan sebarang perasaan timbul antara pelakon.
Menurut Bella, dia berbuat demikian kerana ikatan antara pelakon boleh menjadi lebih akrab jika mereka bekerjasama dalam tempoh masa yang lama.
“Saya rasa sebagai seorang pelakon, perasaan hormat itu sangat penting.
Di set penggambaran, perlu ada batasan, terutamanya antara lelaki dan perempuan.
“Sewaktu menjalani penggambaran drama ini, saya rasa sudah beberapa kali berlakon dengan Ezaidi, dan kami sudah mula berkomunikasi menggunakan panggilan ‘kau’ dan ‘aku’.
“Saya tidak nafikan semakin lama di set penggambaran, wujud ikatan di antara kami. Jadi, untuk mengelakkan timbulnya perasaan, kita mula dengan panggilan,” katanya.
Bella berkata dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama Ezaidi memandangkan mereka sudah rapat seperti sebuah keluarga.
Tambahnya lagi, mereka menjalin hubungan profesional sebagai rakan artis dan tidak berhubung selepas waktu bekerja.
“Saya dan Ezaidi sudah saling mengenali, dan kami tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama.
“Apa sahaja keperluan, biar dibincangkan di lokasi penggambaran sahaja. Di luar, jika mahu keluar berjalan-jalan bersama, kami tidak pernah melakukannya. Alhamdulillah.
“Saya rasa sebagai seorang pelakon, perasaan hormat itu adalah yang paling penting,” tambahnya.
“Kita hanya manusia biasa, jadi kita sendiri perlu mengawal perasaan itu. Selagi boleh dikawal, kita kawal,” ujarnya.
BACA :‘Cuma jangan lebih dari..’ Rupanya ada had sidai baju di rumah flat ramai tak tahu