Amanah rakyat Malaysia di Gaza Palestin

Oleh ADINDA

Tahniah syabas rakyat Malaysia atas kemurahan hati dan sifat dermawan kerana sumbangan anda telah menceriakan banyak keluarga dan kanak-kanak di bumi Gaza Palestin.

Baru-baru ini Pertubuhan Amal Relief (ARiF) Malaysia telah melancarkan tabbung sumbangan kemanusiaan untuk Palestin degan kerjasama Pertubuhan Eshraqah dari Gaza. Fokus sumbangan awal daripada tabung sumbangan kemanusiaan Palestin Arif Malaysia itu adalah untuk menyediakan pek makanan untuk keluarga, kit kanak-kanak dan bantuan pembangunan semula makmal kesihatan di Al-Ramal, Gaza yang musnah dibedil regim zionis.

Pada awal Mei lepas, sejumlah RM70,000 hasil sumbangan awal Arif Malaysia telah di sampaikan kepada rakan strategik di Pertubuhan Eshraqah di Gaza yang diwakili oleh Dr. Ibrahim Udwan.

Penyerahan sumbangan awal ARIF Malaysia

 

Sidang media Arif Malaysia diwakili Cikgu Suhaimi Hamzah Setiausaha Kehormat ARIF Malaysia dan Ustaz Ridzwan Abu Bakar yang telah beberapi kali memasuki Gaza bersama aktivis Pertubuhan Eshraqah Dr. Ibrahim Udwan

Baru-baru ini dilaporkan, sumbangan yang diberikan telah selamat diagihkan kepada penduduk Gaza terdiri daripada keluarga dan kanak-kanak yang terkesan dengan tragedi pengeboman zionis Israel.

  

Para aktivis Pertubuhan Esraqah Gaza sedang menyusun atur barang sumbangan untuk dibungkus sebelum diagihkan kepada penduduk Gaza, Palestin.

Sumbangan wang tunai yang diberikan rakyat Malaysia telah disampaikan dalam bentuk pek makanan dan peralatan untuk kanak-kanak.

Sebanyak 300 pek makanan telah disediakan bersama 200 kit kanak-kanak dengan harapan mampu meringankan beban dan kesedihan anak-anak selepas trauma yang dihadapi sepanjang pengboman kejam itu berlaku.

Antara yang menjadi keperluan mendesak penduduk Gaza adalah barangan makanan dan produk penjagaan kesihatan

 

  

Para aktivis ARIF melalui rakan strategik Eshraqah telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga dan kanak-kanak Gaza. 

Selain makanan, ARIF juga menyalurkan sumbangan untuk pembangunan Makmal Kesihatan di Ar Ramal Gaza City. Makmal kesihatan ini merupakan satu-satunya pusat kesihatan yang ada di Gaza dan sebelum ini juga satu-satunya pusat saringan Covid-19 di Gaza tetapi telah musnah dibom baru-baru ini sehingga merosakkan segala fasiliti kesihatan yang ada.

 

Keadaan makmal kesihatan Al-Remal sebelum musnah dibedil

 

Keadaan makmal kesihatan Al-Remal selepas musnah dibom zionis Israel

 

Segala fasiliti kesihatan musnah

 

Sumbangan diperlukan untuk pembangunan semula dan baik pulih makmal kesihatan ini supaya boleh digunakan semula

 

Tahukah anda, jumlah mangsa pencerobohan Zionis Israel lalu menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Gaza: 231 orang syahid termasuklah 63 kanak-kanak, 36 wanita dan 16 warga emas. Sebanyak 1,530 orang cedera sejak bermulanya pencerobohan di Gaza.

Ringkasan kemusnahan dan kerugian yang dialami sepanjang serangan Israel ke atas Gaza baru-baru ini:
• Israel melakukan serangan lebih daripada 180 kali di seluruh kawasan Gaza dengan menggunakan pelbagai jenis kapal perang dan artileri.
• Pencerobohan ini mengakibatkan kerosakan dan kerugian yang sangat besar dengan anggaran sebanyak AS$243.8 juta.
• Letupan dan tembakan yang disasarkan ke arah perumahan mengakibatkan lebih daripada 1,174 unit rumah, perumahan bertingkat serta apartmen musnah secara keseluruhan dan sebahagian yang lain mengalami kerosakan yang sangat teruk.
• Tembakan bertubi-tubi menyebabkan sekurang-kurangnya 7,073 unit rumah rosak.
• 156 bangunan perumahan dan 33 ibu pejabat media dibom serta dimusnahkan secara keseluruhan.
• Israel menyasarkan 73 ibu pejabat kerajaan dan kemudahan awam termasuklah ibu pejabat polis, bangunan keselamatan serta bangunan perkhidmatan.
• 57 buah sekolah, kemudahan kesihatan, klinik serta kawasan sekitarnya rosak teruk kerana ditembak bertubi-tubi.
• Serangan ke atas ladang ternakan, kawasan pertanian, telaga dan kawasan sistem irigasi mengakibatkan kerugian dengan nilai anggaran sebanyak AS$22 juta.
• Sektor ekonomi dan komersial mengalami kerugian sebanyak AS$27 juta. Mereka mengebom kawasan industri dan menyasarkan beberapa buah kilang.
• Tembakan ke arah jalan raya serta insfrastruktur berkaitan dengan air dan sistem sanitasi mengakibatkan kerugian sebanyak AS$22 juta.
• Anggaran kerugian sektor tenaga mencecah AS$12 juta apabila grid kuasa dan transformer diletupkan.
• Puluhan kereta orang awam musnah dan anggaran kerugian ini adalah sebanyak AS$5.5 juta.
• Komunikasi, rangkaian internet, transformer dan peralatan lain rosak dan nilai kerugiannya dianggarkan sebanyak AS$6.1 juta.
• Lapan buah masjid telahpun dimusnahkan secara keseluruhan, 29 buah masjid lain termasuk sebuah gereja rosak dan kerugian ini dianggarkan sebanyak AS$5 juta.
• Penjajahan Israel diteruskan dengan penutupan kawasan komersial dan perdagangan di Gaza. Mereka juga tidak membenarkan para nelayan turun ke laut.

Pertubuhan Arif Malaysia (ARIF) masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk terus menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Arif Malaysia agar terus dapat menyumbang bantuan kepada saudara kita Gaza, Palestin.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh terus sampaikan sumbangan ke akaun rasmi ARIF Malaysia :
MAYBANK Amal Relief Malaysia 562366647559 atau dengan menghubungi En. Suhaimi 017-5980672 dan Hj. Bahar 011-20569757