Air yang dihasilkan melalui merebus daun pandan bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh diminum untuk meningkatkan kesihatan.
Azurah Ahmad berkongsi di laman Facebooknya bahawa anda boleh membuat air ini sendiri di rumah dengan mudah, menggunakan bahan-bahan seperti halia dan gula batu.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, disarankan untuk minum air ini dua kali sehari.
Jika anda ingin mengetahui cara untuk membuat air rebusan daun pandan, ikuti penjelasan lengkap di bawah ini.
Bahan-bahan:
• Daun pandan
• Halia
• Gula batu
Cara-caranya:
1. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan sehingga ia mendidih.
2. Apabila air telah mendidih, tambahkan beberapa helai daun pandan, halia, dan seketul gula batu.
3. Biarkan sehingga gula larut dan air itu sudah sedia untuk diminum.
Minuman ini tidak hanya membantu menghilangkan toksin dari badan tetapi juga mampu memberi aroma wangi kepada dapur.
Disyorkan untuk minum dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Terdapat beberapa kelebihan air pandan termasuk:
• Mencegah darah tinggi
• Meningkatkan fungsi respirasi
• Mencegah diabetes
• Merawat kulit kepala gatal
• Melegakan sakit sendi
• Buang angin dalam badan
• Membantu mengempiskan perut
• Mengurangkan lenguh
• Menjaga kesihatan mulut
• Tidur lebih nyenyak
• Mencegah masalah jantung
• Bertindak sebagai anti oksidan
• Mengandungi vitamin C
• Boleh merawat kekajangan otot
Jangan lupa amalkan ya air rebusan pandan seperti perkongsian di atas.
Selamat mencuba!
Baca:
Hairan lihat pakcik macam Tugu Negara, ada 4 sebab lelaki ini tidak terus bersedekah
Nah ini dia rahsia kuah kari sedap, kena letak bahan 3 bahan azimat