Penyanyi rap yang kini bergelar wakil rakyat, Altimet, mendedahkan jumlah gaji yang diterimanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
Menerusi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan Shuib, Shuk Sahar, dan Fizie Roslan, Altimet atau nama penuhnya
Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad, menyatakan bahawa pendapatannya sebagai ADUN termasuk gaji kasar dan elaun boleh mencecah RM16,000 sebulan.
“Di Selangor, jika dicampur gaji kasar, elaun, dan sebagainya, pendapatan bersih boleh mencapai RM16,000.
Untuk peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang menerima gaji tertinggi di Malaysia,” ujarnya.
Gaji Cecah RM16,000 Sebulan
Kemudahan dan Elaun Tambahan
Altimet, yang juga pelantun lagu popular Amboi, turut mendedahkan bahawa seorang wakil rakyat diberi pelbagai kemudahan, termasuk pinjaman untuk membeli rumah dan kereta, seperti penjawat awam lain.
“Kami juga diberi elaun tambahan untuk pemandu peribadi, dan ia wajib digunakan. Elaun ini penting untuk memudahkan tugas harian,” katanya.
Perjalanan Politik Altimet
Altimet kini berkhidmat sebagai ADUN Lembah Jaya di Ampang Jaya, Selangor, selepas menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu. Beliau memperoleh 26,298 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin, yang meraih 19,620 undi.
Kemenangan itu membuktikan bahawa kehadiran Altimet dalam arena politik mendapat sokongan padu daripada pengundi kawasan tersebut.
BACA: Tindakan Muhyiddin ketepi suara PAS punca PN tunggu retak menanti belah