Realtime website trackingweb stats

Along Cham sempat singgah hospital sebelum diberkas

Oleh ABDULLAH HAMID

Pelawak Along Cham menjadi perhatian ramai selepas ditahan oleh pihak polis pada Sabtu lalu

Kerana beliau disyaki memiliki ganja di sebuah kediaman di Cyberjaya.

Sebelum kejadian tersebut, aktres Didie Alias telah memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dirinya

Datang melawat aktor Lan Zailan, yang kini menghidap kanser pankreas tahap empat dan sedang menjalani rawatan di hospital.

Dalam video yang sama, Along Cham turut dilihat hadir melawat Lan Zailan yang berusia 66 tahun.

Along Cham sempat singgah hospital sebelum diberkas

Video tersebut dipercayai dimuat naik sehari sebelum Along ditahan oleh pihak polis.

Menjenguk ke ruangan komen video itu, ramai warganet yang mendoakan agar Lan Zailan cepat sembuh daripada penyakitnya.

Dalam pada itu, mereka juga terkejut dengan isu yang melibatkan Along Cham dan berharap agar pelawak tersebut menyedari kekhilafannya.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan bahawa selebriti lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki ganja adalah pelawak Along Cham.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati beliau positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC), yang merupakan bahan utama dalam ganja.

Along Cham kini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA: Budak basikal lajak naik ‘podium’ buat netizen puas hati