Datuk Aliff Syukri melahirkan rasa gembira menjual durian hasil dari kebunnya sendiri. Siapa sangka individu yang sering kali muncul dengan kontroversi, kali ini bermurah hati menjual durian serendah RM5 sahaja dengan niat untuk bersedekah.
SEJAK beberapa minggu ini kita dapat lihat sudah ada beberapa peniaga buah sudah mula menjual durian.
Itu bermakna, musim durian sudah tiba.
Tentu buat penggemar raja buah ini tak sabar untuk menikmatinya hingga boleh buat mereka tersenyum lebar pada masa ini.
Apatah lagi kepada mereka yang berkesempatan membeli durian yang dijual oleh Datuk Seri Aliff Syukri dengan tawaran harga luar jangka!
“Ladang durian saya.. cantik tak??
Jumpa anda semua ni di Wisma DHerbs Sek 8 Kota Damansara.. durian akan mendarat setiap hari walaupun hari minggu.. hari ni kami sampai stok banyak yaa.. apa pun bisnes utama saya kosmetik.
“Terima kasih yang dah beli.
Syukur sambutan durian hasil tanaman saya dah berhasil.. 3 hari berniaga hasil memang best… esok buah duri hitam ada 300 biji sekilo dan musang king ada 500 biji, udang merah dan tembaga emas ada 1,000 biji kampung ada 3,000 biji.. harga bermula RM5 sekilo.