Seorang pemandu bas wanita dari sebuah syarikat bas ekspres telah berkelakuan tidak senonoh bersama seorang rakan lelaki sejawat semasa mengendalikan bas dari Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, semalam.
Berdasarkan video yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh salah seorang penumpang, terlihat seorang lelaki yang mengenakan pakaian seragam kerja dikatakan ‘bercium’ ketika duduk di sebelah pemandu.
Dalam video itu, Iffah Danishaa, pemilik akaun tersebut, mengungkapkan rasa tidak puas hatinya terhadap servis yang diterima daripada syarikat bas ekspres tersebut.
Selain itu, katanya, perjalanan bas yang sepatutnya pada jam 3 petang juga tertangguh sehingga bas tiba pada jam 6 petang tanpa memberikan sebarang notis awal kepada penumpang.
“Aku duduk depan, seram tengok. Aku dengar perempuan tu borak sebut pasal bini pakcik ni.
“Sebelum tu lagi dah elok meraba, mencuit-cuit. Kalau rela takde nak suka, senyum, sengih,” katanya membalas di ruangan komen.
Pada masa yang sama, beberapa pengguna yang berkongsi pengalaman serupa juga meluahkan ketidakpuasan mereka terhadap syarikat bas tersebut di ruangan komen.
“Syarikat bas ekspres ni memang bermasalah. Lebih baik bas ‘gagap’, walaupun laju tapi sentiasa tepat masa dan walaupun kerusi agak sempit tapi berbaloi,” komen Lola.
“Bas $@#&%@# dari Larkin sangat teruk ya. Tolong lah, buat lebih baik,” tulis @baebiyoda.
“Awak tidak keseorangan, tiket saya pukul 8, pukul 11 sampai,” kata @ftrianinasir.
Bagaimanapun terdapat pemumpang lain yang mendakwa perkara ini hanya fitnah.
Katanya lelaki terbabit bukan meraba tapi membetulkan sesuatu di radio di depan wanita berkenaan.
Beliau dan suami berada betul-betul di belakang pemandu berkenaan berkata dia menjadi saksi mata bahawa tiada perkara tak senonoh berlaku seperti diviralkan.
FITNAH !
Menjawab la korang nanti dekat akhirat. https://t.co/elWn1gkOIw pic.twitter.com/j3WBA6790R
— J E Y (@anisjey) November 14, 2023
Baca:
Mereka menikus belakang pokok gharqad, ketahui cerita di sebalik pokok disebut Rasulullah ini