Dakwaan yang mengatakan peniaga bazar menyelitkan tisu ke dalam kuah makanan untuk membuatnya kelihatan lebih pekat telah menarik perhatian ramai di media sosial.
Seorang individu telah berkongsi pandangannya di platform X mengenai perkara yang seharusnya dielakkan oleh peniaga bazar menjelang bulan Ramadan.
Selepas itu, kenyataan tersebut telah dikongsi semula oleh individu lain yang menasihati agar peniaga tidak menyelitkan tisu ke dalam kuah makanan.
“Lagi satu kalau nak pekatkan kuah jangan masukkan tisu!! Aku dah kena dua kali makan kuah laksa/kari ada tisu,” tulisnya.
Apabila melihat diruangan komen, ada beberapa pengguna internet yang terkejut dengan tuduhan yang dibuat oleh orang itu.
“Heyy biar kebenaran?,” soal seorang netizen.
“Benar,” jawab individu tersebut ringkas.
Tambahan pula, terdapat juga warganet yang telah berkongsi pendapat dan pengalaman yang sama yang pernah mereka lalui.
“Some peniaga blend tisu jadi hancur to make kuah laksa or kari nampak pekat.
“Ini betul betul selangkah ke neraka.
“Dari dulu lagi ada peniaga jenis macamni. mungkin dia lupa siksa kubur dan neraka tu wujud.
“Rasanya pernah baca kat paper ada yang guna surat khabar,” tulis beberapa netizen.
Lagi satu kalau nak pekatkan kuah jangan masukkan tisu!! Aku dah kena dua kali makan kuah laksa/kari ada tisu👎💢 https://t.co/gjxd6PNlLU
— JLA (@sarahnajlalala) February 15, 2024
Baca:
Memang ada permohonan tapi konsert kontroversi Choii tiada kelulusan negeri Kedah
Peningkatan insiden keganasan di Gaza punca PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu
“Sejujurnya saya …” – Anna Jobling sifatkan Puteri Ameerah sangat tertib, sempat ‘girl talk’ 2 jam