Realtime website trackingweb stats

Aksi buaya cuba baham gajah undang padah apabila dipijak

Oleh ARIF ABDULLAH

Seorang pemandu pelancong di Afrika Selatan merakam kejadian luar biasa gajah melawan seekor buaya

yang cuba membaham dengan menggigit ekornya, lapor agensi berita United press International (UPI).

Emmanuel Sauti, 53, berkongsi video memaparkan pertembungan dua haiwan ganas itu di laman LatestSightings.com.

Tak padan dengan saiz, aksi buaya cuba makan gajah undang padah apabila dipijak gajah

“Pada suatu hari, kami ingin pulang ke kem selepas cuti tamat. Ia hanyalah perjalanan biasa.

Aksi buaya cuba baham gajah undang padah apabila dipijak

Kami tidak menyangka akan menyaksikan kejadian jarang berlaku itu.

“Semasa merentasi Sungai Luangwa, kami melihat pertembungan di dalam air antara gajah dan buaya. Saya menahan perasaan bercampur-baur. Gajah itu berlawan dengan baik dan buaya itu juga tidak berundur,” katanya.

Menurut Sauti, buaya sering menyasarkan antelop atau ikan yang lebih kecil sebagai sumber makanan. Kejadian seekor buaya cuba membunuh gajah sangat jarang berlaku.

“Gajah itu akhirnya berjaya menepis buaya tersebut dan menyeberangi sungai. Itu adalah detik paling menggembirakan dalam kerjaya saya sebagai pemandu safari,” jelas Sauti.

BACA: Pasang plastik tong sampah pun kena ada ilmu, lelaki ini tunjuk cara paling cepat