Realtime website trackingweb stats

Akmal buktikan kepada KJ, UMNO bukan ‘pak turut’

Oleh FATIN AQILAH

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, menegaskan bahawa menyertai Umno bukanlah untuk menjadi ‘pak turut’,

sebaliknya beliau adalah bukti bahawa dalam Umno, setiap ahli boleh mengeluarkan pendapat tanpa rasa takut.

Dr Akmal berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sentiasa terbuka menerima cadangan dan pandangan daripada pemimpin parti.

“Sebagai contoh, saya adalah bukti bahawa masuk Umno bukan untuk menjadi ‘pak turut’.

Walaupun terdapat beberapa pendapat saya yang berbeza dengan presiden (Zahid), tetapi beliau tidak pernah sekali pun meminta saya berhenti menyuarakan pendapat,”

Akmal buktikan kepada KJ, UMNO bukan 'pak turut'

katanya sambil mengalu-alukan kesediaan bekas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin untuk kembali ke Umno.

Pada 6 Disember lalu, Khairy menyatakan bahawa hatinya sentiasa bersama Umno, tetapi beliau tidak mahu kembali sekadar menjadi ‘pak turut’.

Menurutnya, kepulangannya ke Umno adalah perkara yang boleh dibincangkan sekiranya parti itu bersedia menerima beliau bersama idealismenya untuk menjadikan Umno lebih baik.

Khairy memberikan reaksi positif terhadap kenyataan Zahid yang menyatakan Umno terbuka menerima kehadiran Khairy semula, selepas Tajuddin Abdul Rahman yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak juga kembali menyertai parti tersebut.

Zahid Berjiwa Besar

Mengulas lebih lanjut, Dr Akmal memuji sikap Zahid yang terbuka memberi peluang kepada bekas pemimpin Umno untuk kembali menyertai parti itu, dan menilai tindakan tersebut sebagai satu tanda jiwa besar beliau.

Sementara itu, Pengerusi Veteran Umno, Othman Desa, menasihatkan Khairy agar tidak meletakkan terlalu banyak ‘halangan peribadi’ jika hatinya masih sayangkan Umno. Beliau memberikan contoh pemimpin Indonesia, Prabowo Subianto, yang dipecat ketika era pemerintahan Suharto tetapi tetap menghormati bekas presiden tersebut dengan menziarahi pusaranya.

“Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang setelah 25 tahun terpisah daripada Umno kini menjadi perdana menteri.

Beliau tidak lagi memusuhi Umno. Apatah lagi orang yang pernah berada dalam Umno, dipecat, tetapi hatinya masih pada Umno. Maka, saya ucapkan Ahlan wasahlan wamarhaban bikum (selamat datang Khairy),” katanya.

Namun, Othman mengingatkan bahawa kehadiran semula Khairy dalam Umno perlu dibuktikan dengan komitmen yang jitu kepada parti, sebagaimana yang diungkapkan oleh Zahid.

BACA: Penyanyi rap berang penguatkuasa MBSJ rakam dirinya tak berpakaian