Akibat suami kedekut beli buku anak siap menghambur kata kasar, wanita ini betul-betul lepas geram.
Seorang wanita di Sungai Kakao, daerah Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia nekad membakar suaminya yang sedang nyenyak tidur.
Hal tersebut berlaku selepas suaminya enggan memberikan duit kepada wanita berkenaan bagi membeli buku sekolah untuk anaknya. Bahkan, wanita tersebut dihambur dengan kata-kata yang kasar.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa melecur di badan sebanyak 60 peratus.
Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.
“Disebabkan terlalu emosi, si isteri menyiram suaminya dengan minyak petrol. Pada awalnya, si isteri hanya mahu menggertak suaminya.
“Tetapi, situasi menjadi genting apabila si suami berkata, ‘bakarlah kalau berani, jangan cakap sahaja’,” kata Ade.
Tidak lama selepas itu, si isteri menyalakan mancis dan membakar mangsa. Ketika itu, mangsa berteriak meminta tolong sambil menuju ke kolam untuk memadamkan api.
“Dalam keadaan panik, si isteri menarik suaminya yang sedang terbakar ke dalam kolam dan seterusnya membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.
Ade berkata mangsa masih mendapatkan rawatan intensif di hospital sementara isterinya dalam siasatan polis.