Realtime website trackingweb stats

Akibat minyak sawit asli dihapuskan dalam Nutella, saintis cipta alternatif baharu, siap ada campuran serai

Oleh FATIN AQILAH

Inovasi dalam ciptaan bahan pengganti makanan dilihat semakin berkembang di negara-negara luar.

Ia berikutan bekalan sumber asli yang semakin berkurang, pertambahan permintaan dan ada juga disebabkan faktor kelestarian alam.

Seperti di Eropah, Kesatuan Eropah (EU) telah melarang pengimportan minyak sawit disebabkan dianggap sebagai komoditi yang akan mengakibatkan pemusnahan hutan untuk memberi ruang kepada ladang sawit.

Pengeluaran minyak sawit dari ladang-ladang tersebut dianggap sebagai sumber yang tidak mampan.

Walaubagaimanapun, isu yang sedang berlaku kini adalah penggunaan minyak sawit asli telah dihapuskan dalam produk seperti Nutella, yang menyebabkan kekecewaan di kalangan pengguna.

Oleh itu, saintis dari Queen Margaret University di Scotland telah mengumumkan kejayaan mereka dalam mencipta alternatif minyak sawit yang diberi nama PALM-ALT.

Dr. Julien Lonchamp dan Catriona Liddle yang memimpin pasukan penyelidikannya mengatakan bahawa PALM-ALT dihasilkan sepenuhnya daripada sumber tumbuhan dan memberikan manfaat lebih besar kepada alam sekitar dengan kadar 70%.

Selain itu, PALM-ALT juga mengandungi 30% lebih sedikit kalori dan mengurangkan kandungan lemak tepu sehingga 80%.

Dari segi rasa dan tekstur, PALM-ALT juga dikatakan sukar dibezakan daripada minyak sawit sebenar. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah produk sampingan dari industri biji rami, minyak biji serai, dan serat-serat asli.

Keuntungan tambahan PALM-ALT adalah untuk UK dan EU, semua bahan mentah yang diperlukan untuk penghasilannya boleh didapati di dalam negara tanpa perlu mengimportnya.

Baca:

Sekarang baru tahu beza fungsi antara aircond inverter dan bukan inverter, patutlah bil elektrik orang lain jimat

Dah ketagih 3 tahun, lelaki ini suka makan dan minum air simen semasa bekerja

Kisah cinta Nisa dikhianati ‘abang askar’, ramai pula akui sakitnya sampai ke Malaysia