Musim banjir sering kali membawa banyak kesan buruk, termasuk peningkatan risiko penyakit berjangkit.
Baru-baru ini, seorang doktor menerima seorang pesakit berusia satu tahun empat bulan yang mengalami pendarahan pada bahagian faraj.
Lintah Dalam Faraj Kanak-Kanak
Kisah ini dikongsikan oleh seorang doktor dari Klinik Safwa Pasir Tumboh melalui platform TikTok,
Di mana beliau menceritakan pengalaman merawat pesakit semasa musim banjir.
Menurutnya, faraj kanak-kanak tersebut telah dimasuki lintah setelah dilakukan imbasan X-ray.
“Semalam kami terkejut dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 4 bulan yang datang ke kecemasan dengan pendarahan di faraj,” katanya.
Kanak-kanak tersebut dilaporkan perlu menukar lampin sebanyak 2 hingga 4 kali sehari akibat pendarahan. Setelah pemeriksaan dilakukan, tiada luka atau cedera ditemui. Namun, apabila doktor kecemasan melakukan imbasan di bahagian pundi kencing, kelihatan lintah telah masuk ke dalam faraj kanak-kanak tersebut.
Penyebab Kemasukan Lintah
Difahamkan, kanak-kanak tersebut bermain air banjir tanpa memakai lampin, yang mungkin menyebabkan lintah masuk ke dalam tubuhnya.
Doktor tersebut mengingatkan para ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak mereka, terutama ketika musim banjir, bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.
BACA: Syed Saddiq perjelas MUDA keluar kenyataan gesa Khairul Aming audit laporan kewangan banjir