Tak pernah dibuat orang sebelum ini bawa ular sawa semasa luncur ombak. Namun, lain halnya dengan seorang pemuda dari Australia ini.
Dia mengundang kekecohan orang di sekitarnya apabila mengangkut ular sawa peliharaannya semasa meluncur ombak.
Kejadian berlaku di Gold Coast itu mengundang pandangan pro dan kontra warganet selepas kilp video insiden tersebut tersebar di media sosial.
Lelaki berambut perang itu mulanya dilihat membawa ular berwarna coklat corak batik yang melilit di lehernya.
Reptilia itu kemudiannya ada ketika di leher peluncur ombak itu dan ada masa diletak di atas papan peluncur sambil lelaki berkenaan meniarap menghadapnya.
Walaupun mungkin perlakuan itu sebagai bukti ‘kasih sayang’ pemuda tersebut dengan ular sawa dipeliharanya tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.
Pihak berkuasa menegaskan perbuatan lelaki itu salah di sisi undang-undang Australia dan didenda 2,322 dolar Australia bersamaan kira-kira RM7,011.
Sebabnya, pemelihara ular itu tidak memiliki permit untuk membawa reptilia berkenaan di khalayak ramai.
Menurut Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland, pemuda itu memerlukan permit berasingan untuk membawa haiwan keluar di khalayak ramai atau dipamerkan.
“Walaupun ular haiwan berdarah sejuk dan boleh berenang, reptilia itu lazimnya mengelak daripada terkena air.
“Haiwan itu mendapati air (laut) sangat sejuk, dan satu-satunya ular yang sepatutnya berada di lautan adalah ular laut,” kata jabatan itu, pada 18 September lalu.
Baca:
Awas! Malaysia negara ketiga paling banyak petir, ini 4 kes maut dipanah petir
Syarikat penerbangan buat peraturan kena timbang berat badan sebelum berlepas, tak ada terkecuali