Realtime website trackingweb stats

Akhirnya terjawab sebab apa lori tangki minyak bentuk silinder, bukan petak?

Oleh NUR KASIH

Lori tangki minyak sering dilihat di jalan raya dan sering kali menimbulkan perasaan ‘seram’ ketika kita berada bersebelahan atau dipotong olehnya, bukan?

Selain daripada saiznya yang besar, lambang ‘mudah terbakar’ pada lori tangki minyak itu sendiri mampu mencetuskan bayangan tentang kemungkinan insiden yang boleh berlaku.

Tetapi pernahkah anda terfikir mengapa semua tangki minyak yang digunakan selalunya berbentuk silinder?

Mengapa tidak menggunakan bentuk lain seperti kiub atau segi tiga?Mengapa tangki minyak berbentuk silinder, bukan segi empat?

Menurut portal Science ABC, bentuk silinder adalah sangat kuat dan stabil, serta tidak mempunyai titik lemah yang memerlukan pengukuhan tambahan.

Akhirnya terjawab sebab apa lori tangki minyak bentuk silinder, bukan petak?

Bentuk-bentuk seperti segi empat atau segi empat sama mempunyai penjuru dan sudut rata yang menjadi titik lemah ketika dikenakan tekanan.

Dengan kata lain, bentuk-bentuk selain silinder berisiko untuk mengalami kerosakan atau kegagalan lebih cepat ketika menampung tekanan yang tinggi. Konsep yang sama boleh dilihat pada tingkap kabin pesawat yang berbentuk bulat, bukan segi empat, untuk menahan tekanan.

Bentuk sfera adalah yang terbaik untuk menyimpan cecair kerana membolehkan isipadu maksimum pada permukaan kawasan tertentu. Walaupun begitu, sfera tidak praktikal untuk diangkut, maka bentuk silinder yang memanjang atau dipanjangkan digunakan sebagai tangki minyak.

Kestabilan lori tangki minyak berbentuk silinder

Ingatkan Kosong Je, Macam Ini Rupa Bentuk Dalam Tangki Minyak

Selain itu, kestabilan lori tangki minyak ketika membawa cecair mudah terbakar seperti minyak atau gas adalah penting. Untuk mengurangkan risiko ini, lori tangki dibina dengan pusat graviti yang rendah. Oleh itu, bentuk tangki yang digunakan juga perlu mempunyai pusat graviti yang rendah, serendah mungkin dengan tanah.

Dalam hal ini, bentuk segi empat atau segi empat sama adalah kurang ideal kerana pusat gravitinya lebih tinggi berbanding silinder.

Meminimakan impak pergerakan cecair semasa perjalanan lori tangki

Struktur silinder juga dapat mengurangkan impak pergerakan cecair semasa lori tangki sedang bergerak atau mengambil brek. Ini kerana impak yang kuat dari situasi ini boleh menyebabkan lori terbalik semasa melalui selekoh atau berhenti mendadak. Oleh itu, setiap lori tangki dilengkapi dengan kepingan logam di dalamnya untuk mengurangkan impak ini.

Proses pengekstrakan minyak dan penyelenggaraan yang lebih mudah

Selain itu, struktur silinder memudahkan proses pengekstrakan cecair yang disimpan kerana membolehkan cecair mengalir dengan lebih baik ke bahagian bawah tangki.

Lori tangki berbentuk segi empat akan lebih sukar untuk dibersihkan berbanding silinder, kerana sudut penjuru pada bentuk segi empat itu menyebabkan cecair melekat dengan lebih banyak.

Dengan demikian, penyelenggaraan bentuk silinder adalah lebih mudah dan menjimatkan masa dan kos berbanding bentuk segi empat.

BACA: Cara mujarab hilangkan kesan gam yang sukar tanggal di cermin kereta, guna mayonis pun boleh!