Menerusi perkongsian klip berdurasi pendek yang disiarkan oleh akaun TikTok ahmadazhar034, video ini telah menjadi tular baru-baru ini.
Dalam video klip ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Tuan Asmawi Tuan Umar, pemilik suara latar bacaan doa selepas azan yang pernah disiarkan di RTM, ditampilkan.
Suara beliau telah menarik perhatian ramai, terutama pada bulan puasa.
Netizen tidak sangka bahawa beliau adalah pemilik sebenar suara tersebut.
Netizen memberikan pelbagai komen mengenai video klip ini, dengan ramai yang terkejut mengetahui identiti pemilik suara yang membuat bacaan doa selepas azan.
Ada yang menyatakan bahawa suara merdu beliau memudahkan mereka untuk mengingat dan menghafal doa tersebut. Ramai juga yang memuji beliau dan merasa teruja dapat melihat pemilik suara yang selama ini mereka dengar.
Klip video di TikTok ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan 480.3K penonton, 24K sukaan, dan 1,144 komen.
Berikut adalah pautan untuk melihat klip berdurasi pendek pemilik suara sebenar bacaan doa selepas azan di siaran RTM:
@ahmadazhar034 Pemilik sebenar doa selepas azan di RTM, Tuan Asmawi Tuan Umar. #doaazan #rtm
@SafiyyaHana: “Kerana suara ni lah saya hafal dari kecil sampai sekarang boleh ingat dengan sempurna.”
@Rajeshwary Raj: “Saya bukan Islam, tapi masa kecil suka dengar ni, sampai dah hafal.”
@cikgu: “Banyak pahala tuan… jadi asbab kepada kami dapat hafal doa lepas azan dengan mudah.”
@Ahmad Izzat432: “Alhamdulillah, diberi peluang pertama kali melihat pemilik suara. Hampir 40 tahun tak pernah jumpa.”
@Enang Fatimah Sabdani: “Banyak pahala abang ni, kerana dia lah ramai yang hafal doa selepas azan, berserta maksudnya.”
@kakDiyLaa Lawaa TigeMilk: “KakDiyLaa hafal sampai sekarang, sejak dengar time sekolah rendah. Seingat kakDiyLaa, masyaAllah!”
@Cikgi_Sanasini: “Saya hafal dari suara ni.
Dah 42 tahun umur saya. Anak ke-2 saya, umur 9 tahun pun dapat hafal dari suara ni.”
@shuhaizafitzpatri: “Sama lah… anak saya waktu kecil dulu lari ke depan TV nak dengar.”
@umi@Ftin-fie-dnish: “Dari sekolah lagi saya dengar suara ini. Sekarang saya dah 47, merdu betul suaranya. MasyaAllah, semoga dikurniakan kesihatan yang baik selalu. Amin.”
BACA: Akhirnya ini cara luruskan hujung karpet bergulung, ‘confirm’ tak sakit mata