Realtime website trackingweb stats

Akhirnya terjawab misteri motosikal tanpa penunggang di lebuhraya persekutuan

Oleh FATIN AQILAH

Tular video dashcam sebuah motosikal jenis Modenas GT 128 dilihat bergerak tanpa penunggang di laluan utama lebuhraya persekutuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata pihaknya telah terkesan

Dengan sebuah video berdurasi 39 saat yang tular di media sosial yang memaparkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati bahawa kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terjatuh

Dari motosikal yang ditunggang sebelum motosikal tersebut bergerak masuk ke laluan utama di lokasi kemalangan.

Akhirnya terjawab misteri motosikal tanpa penunggang di lebuhraya persekutuan

“Kejadian itu telah dirakam oleh kamera papan pemuka (dash cam) sebuah kereta yang melalui laluan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, melalui rakaman dash cam pemandu kereta tersebut, penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan berjaya dikesan.

“Mangsa dijadualkan hadir untuk membuat laporan polis pada hari ini. Dimaklumkan bahawa mangsa mengalami kecederaan di tangan dan di belakang badan,” katanya.

Tegas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A.Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.

BACA: Betul ke? Mandi malam membahayakan kesihatan, ini jawapan pakar