Realtime website trackingweb stats

Akhirnya terdedah identiti suspek dera kanak-kanak rumah amal GISBH ramai tak sabar nak tahu

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak

Dia yang juga merupakan penghuni sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH).

Tertuduh, Mohd Syahid Hanapiah, 35 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan

oleh jurubahasa di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun, menurut laporan Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Syahid, yang bekerja sebagai penjaga di rumah amal di Bandar Country Homes Rawang,

Akhirnya terdedah identiti suspek dera kanak-kanak rumah amal GISBH ramai tak sabar nak tahu

Didakwa merotan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hingga mungkin menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal, yang mengendalikan pendakwaan, mencadangkan jaminan RM20,000 dengan tiga syarat tambahan: tertuduh dilarang berjumpa dan mengganggu mangsa, perlu melaporkan diri di balai berdekatan, dan mesti boleh dihubungi pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa.

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar jumlah jaminan itu dikurangkan kerana dia menghadapi masalah kewangan, pekerjaan, dan masalah keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, dan tertuduh dilarang mengganggu mangsa serta saksi kes. Mahkamah juga menetapkan 5 November akan datang untuk sebutan semula kes dan pelantikan peguam.

BACA: Ini cara mudah dapatkan iPhone 16 tanpa Kontrak, siap ada cashback