Realtime website trackingweb stats

Air yang tenang jangan disangka tiada ‘Jamal’, sang bedal mengamuk, penjaga rakam sambil nasihat sabar

Oleh SHAZLIN AZIZ

Seorang penjaga buaya di Taman Buaya Melaka berkongsikan detik cemas apabila ‘Jamal’ dikatakan mengamuk semasa beliau cuba memberikan reptilia itu makanan.

Buaya besar itu dirakam sempat dua kali menyerang dengan melompat dari kolam takungan ke arah lelaki berkenaan sejurus dia membukakan pintu besi.

“Jamal, sabar nak… Jamal,” katanya serentak cuba merapatkan sedikit pintu pagar.

Beliau yang pernah mendapat jolokan Putera Buaya kerana keberaniannya membuat pertunjukan beraksi seperti duduk dan berbaring di atas reptilia itu sejak berusia sembilan tahun itu turut ‘menasihatkan’ buaya tersebut supaya bersabar.

“Jamal mengamuk, geng. Macam mana nak bagi makan?

“Jamal, sayang uncle. Jangan macam ni boy. Uncle nak bagi makan. Sabar boy, sabar,” rayunya yang membahasakan dirinya sebagai ‘uncle’ kepada buaya itu.

Perkongsian video Bang Buya atau nama sebenarnya, Saifullah Muhammad Sarath, 33, di TikTok itu setakat ini meraih lebih 1.7 juta tanda suka dan lebih 20,000 komen setakat ini.

Rata-rata netizen yang menonton klip itu turut cemas melihatkan buaya itu menganga mulut begitu besar.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengaitkan nama ‘Jamal’ yang unik itu selain ‘meminta’ penjaga binatang itu supaya bertenang.

“Bang, tukar nama lain. Jamal tu, bapak aku!

“Terbaling phone kelip mata bukak terus terkejut masa buaya tu serang pintu.

“Relaks bang. Cuba berenang dengan Jamal slow-slow.

“Dia tak gigit bang. Dia ajak mandi sekali tu.

“Senyum je Jamal. Pakaikan dia kopiah bang. Budak baik ni,” demikian antara seloroh netizen.

Video:

@bangbuya_ Jamal #bangbuya #gengbuya #teambuya #jkkj ♬ original sound – Bangbuya

Baca:

Bakal jejak usia 40 tahun, rupanya Zizan cukup jaga pemakanan, target badan ‘sado’ tahun depan

Budak lelaki maut didera teman lelaki ibu, seluruh tubuh cedera teruk termasuk bahagian ‘itu’ amat mengejutkan

Projek penempatan manusia di bulan menjelang 2040, ini kemajuan NASA yang diketahui setakat ini