Air liur bayi meleleh itu normal, rambut ibu gugur pun sama, doktor ini nasihat jangan tambah stres

Oleh ADINDA

Semua bayi memang normal air liurnya meleleh. Begitu juga rambut si ibu gugur bukan luar biasa.

Apa yang penting, si ibu jangan ditambah stres mereka dengan cerita yang mengarut.

Ikuti penjelasan Pakar Obstetrik & Ginekologi, DR IMELDA BALCHIN mengenai hal ini:

Air liur bayi meleleh itu normal rambut ibu gugur pun sama doktor ini nasihat jangan tambah stres

Semua bayi pun main air liur. Ini normal. Mana ada bayi yang tak keluar air liur dan tak meleleh air liur, terutama sekali bila gigi nak tumbuh.

Semua ibu pun selepas bersalin akan ada rambut gugur. Ini pun normal. Mana ada ibu yang selepas bersalin tidak mengalami keguguran rambut.

Mai nak habaq.

Semua rambut ada kitaran, tumbuh, gugur, tumbuh semula, gugur semula, tumbuh semula.

Hormon kehamilan ni memberi stimulasi rambut tumbuh. Dan ramai ibu hamil perasan rambut tumbuh lebih lebat sedikit semasa hamil.

Selepas bersalin, tiada lagi hormon kehamilan, maka ramai ibu perasan rambut gugur. Stres selepas bersalin juga boleh menjadi penyebab rambut gugur.

Lagi satu penyebab ialah postpartum thyroiditis di mana ada ibu-ibu mendapat masalah kekurangan hormon tiroid yang sementara dan kebanyakan akan pulih dengan sendiri.

Bila ada kekurangan hormon tiroid pun rambut boleh gugur. Tetapi bila hormon tiroid pulih, rambut pun tumbuh semula.

Bayi main ayaq lioq bukan penyebab rambut gugur. Janganlah memberi lebih stres kepada ibu-ibu kita dengan cerita yang bukan-bukan.

Baby nak main ayaq lioq, biaq pi laa kat dia, tak dak masalah pun ayaq lioq dia meleleh. Pasai tu laa di seluruh dunia, kat dalam hadiah untuk baby yang baru lahir… ada bib.

Tak payah bimbang, rambut tu akan tumbuh balik. Releks naa mummies. You will be just fine. All mummies are beautiful.

Baca:

Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah

Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya

Jadual makan ubat secara teratur sepanjang Ramadan, barulah tak tercicir