Realtime website trackingweb stats

Ahli keluarga ada dalam rumah, akhirnya nenek yang jumpa, budak autisme maut dalam mesin basuh

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ahli keluarganya ada dalam rumah tetapi tiada seorang pun menyedari terdapat budak autisme sedang bertarung nyawa dalam mesin basuh pakaian.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Ipoh, 16 Oktober apabila mangsa dijumpai neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 9.30 pagi.

Susulan itu, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berkenaan dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, budak malang itu disahkan telah meninggal dunia pada pukul 11.02 pagi.

“Mangsa yang juga kanak-kanak autisme itu telah diberikan bantuan pernafasan (CPR), namun tidak menunjukkan tanda positif sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul,” jelasnya.

Beliau memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Sehubungan itu, pihak polis, tegasnya, ingin menasihati orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan berpatutan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Baca:

Dituduh nikah tak sah dan berzina, ini komen Sabri Yunus

‘Melancong’ di airport saja hangus RM7,000, pengalaman wanita ini tidaklah seindah drama Korea

Terpaksa mohon cop halal Indonesia, Malaysia rupanya belum ada lagi logo halal untuk makanan haiwan