Agong tidak boleh panggil parlimen bersidang, kata bekas hakim

Oleh ADINDA

Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat perdana menteri atau Kabinetnya untuk memanggil semula Parlimen walaupun negara masih dalam keadaan darurat, kata seorang bekas hakim.

Gopal Sri Ram berkata, keputusan Agong tidak boleh dicabar undang-undang namun sebarang nasihat diberikan kepadanya oleh kerajaan boleh dinilai di mahkamah.

“Nasihat perdana menteri kepada Agong adalah dibenarkan (tertakluk kepada cabaran undang-undang)

Gopal Sri Ram

“Perintah mandamus boleh diperoleh untuk memaksa Kabinet menasihati Agong memanggil sidang Parlimen jika didapati bahawa nasihat itu tidak masuk akal,” katanya kepada FMT.

Sri Ram berkata, Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan Agong sebagai Raja Berperlembagaan harus menjalankan fungsinya di bawah undang-undang tertinggi atau undang-undang persekutuan, sesuai dengan nasihat diberikan oleh seorang menteri atau Kabinet.

“Undang-undang persekutuan di sini bermaksud sebarang tindakan Parlimen atau ordinan yang diumumkan semasa darurat,” katanya.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata demikian ketika mengulas pandangan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa Ordinan Darurat (Kuasa Perlu) 2021 yang diumumkan pada Januari membolehkan Agong meminta Parlimen bersidang semula pada tarikh yang sesuai tanpa nasihat perdana menteri.

Khalid, yang juga pengerusi Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat Pembangkang, memetik Seksyen 14 peraturan tersebut.

Seksyen 14 (1) (a) menyatakan: “bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan adalah tidak mempunyai kesan.”

Bahagian 14 (1) (b) juga menyatakan bahwa: “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Beberapa hari ini pula, tular Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dikatakan seolah-olah nak mengajar Yang Di-Pertuan Agong apabila sengaja menerbitkan poster berkaitan peranan dan tugas YDPA di laman rasmi Facebook page mereka.

                             

Rata-rata netizen menganggap itu satu tindakan biadap dan sengaja ingin menunjukkan penderhakaan kepada YDPA sebelum post itu dipadamkan.

Hal ini bermula apabila titah Yang Di-Pertuan Agong selepas mesyuarat khas Raja-raja Melayu yang menyebut perlunya persidangan parlimen diadakan segera bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan pelan pemulihan negara dibahaskan oleh ahli-ahli parlimen.

Petikan daripada Kenyataan Media Istana Negara pada 16 Jun 2021

Sebelum itu, PAS antara pihak yang mengecam keras terhadap usaha-usaha desakan pelbagai pihak yang meminta parlimen dibuka dan diadakan sidang segera kerana dikatakan ini bukan masa berpolitik dan dilihat khuatir jika diadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Laporan di portal lidah rasmi PAS berkenaan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, mempersoalkan motif di sebalik tindakan pihak tertentu mendesak kerajaan membuka Parlimen serta membatalkan pengisytiharan darurat