Agong penentu majoriti Perdana Menteri

Oleh ADINDA

Zulkarnain Luqman

Apabila seorang PM hilang sokongan majoriti ahli Dewan, menjadi tugas YDPA untuk melantik PM yang baharu. Sebelum perlantikan PM yang baharu, YDPA perlu pastikan bahawa PM tersebut sudah hilang sokongan majoriti.

Bagaimanakah YDPA tentukan sokongan majoriti itu telah hilang? Sebelum kes Dato Seri Nizar Jamaludin, Malaysia seperti mana negara komanwel yang lain menggunakan ujian undi usul percaya atau usul tidak percaya di dalam Dewan. Selepas kes tersebut, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan Sultan boleh tentukan majoriti itu di luar Dewan.

Baca Artikel Penuh