Realtime website trackingweb stats

Agong dedah perasaan selepas baca berita live, selama ni ingat mudah

Oleh ARIF ABDULLAH

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara peribadi menggambarkan penampilan istimewa baginda membaca berita buat kali pertama semalam sebagai sesuatu yang agak kaku.

Seri Paduka berkata pengalaman mencemar duli membaca berita pada slot istimewa Buletin Diraja pada Buletin Utama di TV3 bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah lebih mencabar berbanding menyampaikan titah ucapan.

“Baca berita semalam, saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks. Mungkin dia (Tunku Azizah) sudah practice banyak kali, tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu dalam bilik itu (studio berita) sejuk sekali. Kalau tak percaya, eloklah lawat bilik berita,” titah baginda.

Agong dedah perasaan selepas baca berita live, selama ni ingat mudah

Al-Sultan Abdullah menyampaikan titah ini semasa merasmikan Majlis Pemasyhuran Lipis sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Negara Sungai Relau semalam.

Turut bersama ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Malam sebelumnya, untuk pertama kalinya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong membuat penampilan istimewa dengan membaca berita selama hampir 15 minit setelah menerima undangan khas untuk melakukan hal tersebut.

Ketika melawat ke Lipis hari ini, Al-Sultan Abdullah berkongsi pengalaman menarik ketika bertemu dengan seorang penduduk tempatan yang pernah bermain bola bersamanya pada zaman muda Seri Paduka.

Lelaki tersebut menceritakan kisah mereka bermain bola, ketika Al-Sultan Abdullah memberi perhatian kepada penduduk setempat di sekitar lokasi pendaratan helikopter yang digunakan Seri Paduka untuk sampai ke daerah ini.

“Saya begitu terharu bila sebahagian orang kampung di situ ingat saya pernah bermain bola di situ. Saya tidak berapa ingat, tetapi saya diingatkan oleh seorang orang kampung di situ yang mengaku pernah bentes (tackle) saya di petang itu.

“Saya tidak ingat tahun berapa tetapi saya muda lagi waktu itu. Saya terharu dengan ingatan orang di situ dan saya kata hendak kembali semula, bawa anak-anak saya bermain bola di situ,” titah Seri Paduka.

Baca:

Kakak Neelofa kongsi rahsia kekal ramping dan sihat

Kisah Pak Din dari Pendang, ‘gelandangan mewah’ 18 tahun tinggal dalam kereta

Patut pun Israel takut, kehebatan terowong Hamas buat zionis terkejut