Realtime website trackingweb stats

ADUN Pas Kelantan ‘koyak’ dengan kenyataan Ketua Polis Kelantan

Oleh ABDULLAH HAMID

ADUN Pas Kelantan ‘koyak’ dengan kenyataan Ketua Polis Kelantan. UMNO Kelantan hari ini lantang mengecam tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang didakwa cuba menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membuat tuduhan berat terhadap dua pegawai tertinggi pasukan keselamatan itu.

Menurut Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, kenyataan ADUN Melor, Wan Rohaimi Wan Daud, disifatkan sebagai tidak berhemah dan keterlaluan kerana menuduh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, seolah-olah mempunyai niat jahat terhadap kerajaan negeri.

“Wan Rohaimi menuduh mereka sengaja memberikan imej negatif terhadap Kelantan semata-mata untuk mencipta persepsi buruk menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning pada 26 April ini,” ujar Ahmad Jazlan.

ADUN Pas Kelantan 'koyak' dengan kenyataan Ketua Polis Kelantan
ADUN Pas Kelantan ‘koyak’ dengan kenyataan Ketua Polis Kelantan

Beliau menegaskan bahawa pegawai-pegawai kanan PDRM adalah penjawat awam yang bekerja di bawah undang-undang dan peraturan negara demi menjaga keselamatan rakyat – dan tidak wajar dijadikan sasaran politik.

Apa Isu Sebenarnya?

Dalam sidang DUN Kelantan baru-baru ini, Wan Rohaimi, yang juga seorang peguam, mempersoalkan kenyataan Ketua Polis Kelantan pada 21 Mac lalu yang mendakwa ramai pengasas kosmetik dan pempengaruh di negeri itu terbabit dalam kegiatan dadah.

Dia juga mempersoalkan statistik kes jenayah sosial seperti rogol dan sumbang mahram, yang diumumkan Mohd Yusoff pada 9 April lalu – dengan mendakwa kenyataan itu seolah-olah dibuat tanpa data lengkap dan “berniat sensasi”.

“Saya tertanya, Ketua Polis ini nak jual cerita atau nak jadi penguat kuasa yang teliti? Kenapa tiba-tiba isu ini dibangkitkan ketika hampir dengan pilihan raya kecil?” katanya di DUN.

Fakta Yang Perlu Diketahui:

21 Mac: Polis Kelantan dedahkan beberapa pempengaruh dan pengasas produk kosmetik disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

9 April: Mohd Yusoff mendedahkan kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan meningkat – 252 kes pada 2024 berbanding 206 pada 2023. Paling mengejutkan, ada pelaku semuda 10 tahun.

“Kalau Berani, Cakap Di Luar Dewan!”

Ahmad Jazlan menempelak Wan Rohaimi kerana hanya berani membuat tuduhan berat itu di dalam DUN – di mana beliau dilindungi oleh imuniti Dewan dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Tuduhan beliau sangat berat, malah bacul – hanya berani di dalam Dewan. Saya cabar dia ulang kenyataan itu di luar DUN jika benar yakin!” tegas Jazlan.

UMNO: Hormati Institusi Keselamatan

Akhir sekali, Ahmad Jazlan menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan institusi keselamatan negara.

“Polis bukan alat politik. Mereka berdedikasi menjaga ketenteraman awam, dan sebarang tuduhan mesti berasaskan fakta, bukan persepsi atau sangkaan jahat,” katanya.

@mohdsyahbuddin80 Denial Syndrome. Kenapa menolak Fakta? Ketua Polis Kelantan berkata benar dan tentunya berfakta! Yang lemah patut diperbaiki, jalan penyelesaian patut dicari. #inilahmasanya ♬ original sound – Abe Din 🌟

BACA JUGA : 

Syarikat China di Kelantan guna sambungan air haram bina kondo mewah

Ayam percik Kelantan naik harga

Guru Bahasa Arab asal Kelantan tak sangka menang RM 1 juta BSN