Realtime website trackingweb stats

Adik Bella dedah semua ‘pengkhianatan’ Aliff dan keluarga, tak sangka mak mertua dia macam tu

Oleh AHMAD ISMAIL

Selepas memberikan penjelasan mengenai Aiff Aziz, penyanyi Didi Astillah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang diberikan oleh Aisyah Aziz, yang juga merupakan adik kepada pelakon tersebut.

Bengang dengan kenytaan yang dikeluarkan oleh Aisyah, Didi menyenaraikan lapan perkara bagi menjawab isu yang berlaku antara keluarga mereka.

Antara isu yang timbul adalah tentang bagaimana Bella Astillah dibuang dari keluarga menantunya sendiri serta dakwaan bahawa ibu Aliff dengan sengaja mencemarkan nama baik kakaknya.

“Dari awal korang perli-perli kakak aku. Buang dia macam sampah. Buang daripada family group tanpa tanya khabar. Kesian dia berhari-hari menangis disebabkan orang semua.

“Siapa yang panggil kawan-kawan sekolah Aliff untuk mengumpat? Video mengumpat pun sampai dua jam, kalau ikut saya memang nak post semua,” katanya.

Adik Bella dedah semua 'pengkhianatan' Aliff dan keluarga, tak sangka mak mertua dia macam tu

Didi telah memaparkan perkara tersebut di Instastory miliknya pada awal pagi Isnin.

Pertelingkahan ini seperti memasuki episod baharu apabila ahli keluarga Aliff dan Bella saling bertukar kenyataan di media sosial.

Dalam hantaran tersebut, Didi juga memuat naik tangkap layar skrin hasil dari perkongsian Aisyah yang menggesa agar semua pihak tidak menyebarkan isu yang melibatkan Aliff di media sosial dan menasihatkan supaya perkara ini diselesaikan secara tertutup di kalangan keluarga.

Walau bagaimanapun, Didi turut mengkritik tindakan Aliff yang sebelum ini secara terbuka mengungkapkan dakwaan bahawa isterinya telah berlaku curang.

“Siapa yang main game ini? Rasanya korang kot. Tak baca WhatsApp Aliff dan Ruhainies? Nak tutup aib? Siapa yang buka aiab siapa dahulu? Siap rancang nak jatuhkan kakak saya.

“Kita nak apa? Nak abang awak itu diam. habis cerita,” tegasnya.

Terdahulu, Didi telah menyatakan rasa tidak puas hati ketika Aliff muncul dalam sesi temu bual Melodi, membangkitkan semula beberapa isu termasuk hubungan Bella dengan pelakon Muaz Zabir.

Lebih lanjut, Didi mendakwa bahawa kenyataan Aliff itu disengajakan untuk menyembunyikan kejadian dia ditangkap kerana khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac yang lalu.

Baca:

Ini punca Mila Jirin sound LHDN, memang naya, mungkin ramai lagi senasib pasal cukai ni

‘Sudah tahap reda, tak nak serabut otak fikirkan kepulangan dia’ – Yusof Haslam

Raja Azura kahwin dengan kerabat? Ini penjelasan tuan badan