Realtime website trackingweb stats

Ada yang nampak lori dah angkut habis semua, heboh netizen dakwa cawangan kedai milik Ebit Lew ditutup

Oleh NUR KASIH

Heboh di media sosial notis yang mendakwa cawangan kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah kontroversi, Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.

Terdapat pengguna mendakwa cawangan pasar raya milik penceramah yang sedang berdepan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual itu di Shah Alam pun sudah tutup dua minggu lepas.

“Sebelum ni tak salah nampak lori dah angkut habis semua,” kata netizen.

Ada yang nampak lori dah angkut habis semua, heboh netizen dakwa cawangan kedai milik Ebit Lew ditutup

Notis yang tular daripada Elews Mart Sdn. Bhd. itu dilihat ditujukan kepada pembekal premis milik pendakwah selebriti tersebut.

“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn. Bhd. akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari.

“Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” menurut notis tersebut yang bertarikh 15 Januari.

Namun, semakan di laman web Elews Mart Sdn. Bhd. mendapati notis itu tidak pula dipamerkan.

Dalam masa sama, Facebook dan Instagram rasmi Elews Mart juga sudah lama tidak memuat naik hantaran atau promosi baharu.

Kali terakhir platform media sosial ‘hidup’ ialah pada 11 September 2023.

Beberapa cawangan Elews Mart juga turut didakwa tutup.

“Elews Mart di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi melabuhkan tirai. Sebelum ini di Bandar Baru Bangi, ada tiga cawangan gulung tikar,” kata seorang pengguna Twitter.

Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew sebelum ini dilapor membuka cawangan Elews Mart di Sungai Buloh, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Kajang dan Cyberjaya.

Elews turut dilapor dibuka di Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Baca:

Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K

Ramai lelaki ‘DM’ mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata ‘nanti dulu’

Ibu ini kongsi sambal ikan bilis kering untuk bekal anak ke asrama, boleh makan dengan roti atau nasi