Seperti yang kita ketahui, terdapat beberapa faktor yang boleh membatalkan solat,
seperti meninggalkan rukun, terkena najis pada pakaian, atau berkata-kata dengan sengaja.
Namun, terdapat satu perkara lagi yang boleh membatalkan solat tanpa disedari ramai, iaitu niat taklik untuk keluar daripada solat.
Perkara ini telah dijelaskan secara terperinci oleh Ustaz Haffa dalam satu perkongsian di TikTok.
Menurut Ustaz Haffa, niat taklik adalah ketika kita mengaitkan niat dengan perkara lain semasa solat.
“Contohnya, semasa kita solat, tiba-tiba dalam hati kita berniat, jika ada orang datang ketuk pintu rumah, aku akan berhenti solat. Jika anak aku menangis, aku akan berhenti solat. Jika hujan turun, aku akan berhenti solat untuk angkat kain.
“Semua itu dikenali sebagai taklik niat. Solat kita boleh batal jika terlintas niat seperti itu semasa sedang solat, walaupun tiada siapa yang datang ketuk pintu, hujan tidak turun, atau anak tidak menangis.
“Oleh itu, kita perlu memahami ilmu dalam solat, kerana ini adalah ibadah untuk menyembah Allah SWT. Ada pantang larang yang perlu dipatuhi,” jelas Ustaz Haffa.
BACA: Pelari ‘kaki besi’ buktikan OKU boleh, berjaya sertai lebih 20 marathon