Realtime website trackingweb stats

Ada sampai buang seterika ada kesan hangus, padahal ada banyak cara nak tanggalkan, ikut sahaja tips ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Memang stres bila kesan hangus pada seterika susah tanggal*

Apabila menggunakan seterika, seringkali kita menghadapi masalah kesan hangus pada pakaian.

Kesan ini boleh merosakkan penampilan pakaian dan menjadi satu cabaran.

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan kesan hangus pada seterika dengan berkesan?

Mari kita ikuti beberapa langkah praktikal dan berkesan dalam mengatasi masalah ini

Rasa tertekan tak bila tengok seterika kat rumah anda ada kesan hitam atau hangus?

Kesannya boleh merosakkan pakaian kita, bahkan boleh sampai pakaian berlubang.

Mari kita kongsi cara membersihkan seterika sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.

1.GARAM

Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai kertas surat atau aluminium foil, kemudian panaskan seterika menggunakan suhu tertinggi. Selepas itu, gosok permukaan seterika di atasnya hingga kesan hangus hilang.

2.LILIN

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang sudah dipanaskan sehingga lilin mencair. Selepas itu, sapukan permukaan seterika ke atas kain buruk atau kain yang tidak digunakan lagi.

3.UBAT GIGI

Kaedah seterusnya tidak memerlukan pemanasan seterika.

Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terbakar. Biarkan seketika, kemudian gosok dengan kain. Ulangi beberapa kali atau sehingga kawasan tersebut benar-benar bersih.

4. SODA BIKARBONAT / BAKING SODA

Soda bikarbonat dikenali sebagai bahan pembersih yang berkesan.

Campur sedikit air dengan serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Sapu campuran itu ke atas permukaan seterika yang hitam atau hangus. Biarkan sebentar supaya ia boleh bertindak. Selepas itu, ambil sekeping kain lusuh dan gosok perlahan-lahan.

5. MAGIC SPONGE

Jika anda kerap membeli-belah di kedai Eco atau kedai DIY, pasti anda pernah melihat magic sponge dijual. Ia sangat berguna kerana boleh membersihkan pelbagai jenis kotoran, termasuk kesan hangus pada seterika.

6.SURAT KHABAR

Ambil sehelai surat khabar dan sekeping kertas A4 tu. Langkah pertama ironkan di atas surat khabar. Lepas tu nak bersihkan serta licinkan semula iron guna kertas putih A4 tadi

Baca:

‘Jangan samakan saya dengan dia lagi’ – Ini sebabnya Adam Lee buang jambang

Siapa kata boikot tak berkesan, data dedah Starbucks merosot 40 peratus

‘Pergi tandas, keluar makan pun ada yang rakam senyap-senyap’ – Nadin Amizah rimas diperhati gerak-geri