Tukang urut sering menjadi pilihan untuk melegakan rasa lenguh atau badan berangin, yang dianggap sebagai rawatan alternatif.
Namun, tahukah anda, urutan ini juga boleh dilakukan sendiri di rumah?
Anda hanya perlu mempelajari teknik-teknik mudah yang sesuai.
Dalam satu perkongsian di TikTok oleh Daisy Jie, beliau mendedahkan beberapa titik khas
Atau ‘butang’ pada badan yang boleh diurut untuk membantu melegakan pelbagai masalah kesihatan.
Berikut adalah tip-tip yang boleh anda cuba:
1) Sakit Tengkuk Akibat Salah Tidur
Genggam tangan menjadi penumbuk dan urut bahagian di antara jari telunjuk dan jari tengah, kira-kira 1 sentimeter (cm) ke bawah dari persimpangan jari.
2) Rasa Badan Berangin
Tekan dan urut bahagian tengah perut atau di bahagian bawah ketiak untuk membantu mengurangkan rasa tidak selesa akibat badan berangin.
3) Masalah Sembelit
Tepuk kepala sebanyak tiga kali untuk membantu melancarkan pergerakan usus.
4) Batuk Tanpa Henti
Tekan pada kawasan antara tulang selangka beberapa kali. Tulang selangka atau collar bone ini terletak secara melintang dari bahu kiri ke bahu kanan.
5) Masalah Sukar Tidur
Tekan pada tapak tangan, tepat di bawah jari manis, dan tahan selama 30 saat.
6) Aliran Haid Menjadi Lancar
Urut bahagian atas buku lali secara perlahan untuk membantu melancarkan aliran haid.
Semoga petua-petua ini bermanfaat untuk mengurangkan ketidakselesaan anda. Pastikan anda mencuba dengan lembut dan berhenti jika terasa tidak selesa.
BACA: Betul ke sentuh budak tak sunat boleh batal wuduk? Ini respon UAI